Apa yang anda boleh lakukan ialah menarik nafas panjang sewaktu air mani tersebut ingin keluar. Latih dan lakukan perkara ini berulang-ulang kali sehingga anda berjaya. Latihan pernafasan ini jika diamalkan selalu InsyaAllah dapat membantu anda lebih tahan lama sewaktu di ranjang.
Bersama-sama ini ada beberapa petua orang-orang lama dalam menjaga zakar supaya lebih sihat, kuat dan mantap :
- Elakkan membuang air besar dan air kecil pada waktu yang sama. Ketika hendak membuang air besar tariklah nafas dan air kecil hendaklah ditahan.
- Ketika mahu makan pula, biasakan diri dengan mengepal nasi sebesar ibu jari anda lalu menelannya.
- Sewaktu hendak minum air, elakkan menghembuskan nafas ke dalam gelas minuman air. Tahan nafas tersebut dan ini dapat membantu anda agar tidak berasa lelah ketika mengadakan hubungan seksual kelak.
- Bagi mereka yang gemar makan ayam goreng, elak-elakkanlah dari mengambil bahagian kepak ayam. Ini boleh melemahkan prestasi zakar anda.
- Cuba hindarkan makan makanan yang bersifat sejuk, telah disejuk atau pun disejukkan kerana ia boleh mengakibatkan zakar menjadi lemah dan mudah terpancutnya air mani.