Makanan manis atau yang mengandungi kandungan gula tinggi boleh menyebabkan berlakunya lelehan cecair keluar dari vagina. Oleh itu wanita hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih donut, gula-gula getah dan lain-lan. Ini bukan bermaksud anda dilarang terus dari makan makanan yang manis tetapi jika anda serius untuk mencegah masalah keputihan, kurang-kurangkanlah.
Selain itu, terdapat beberapa jenis buah-buahan seperti sengkuang, timun dan nanas yang turut boleh memberi kesan kepada masalah keputihan. Jadi selepas ini anda sudah tahu mana makanan yang perlu anda kawal dan makan agar ianya tidak berlebihan.
Misalnya bagi wanita yang berkeinginan sangat untuk makan buah nanas. Boleh makan tetapi dicadangkan kepada anda supaya makan buah tersebut sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda makan nasi tidak kira sama ada makan tengahari ataupun makan malam.
Di bawah ini admin ingin memberikan tips atau cara-cara yang sekurang-kurangnya dapat membantu wanita dalam mengatasi masalah keputihan tersebut :
√ Bila mandi siang atau malam, sentiasa bersihkan celah paha anda dengan sabun mandi yang sesuai. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna bahagian kulit permukaan paha anda akan menjadi semakin gelap.
√ Seboleh-bolehnya elakkan daripada mengambil pil perancang keluarga melainkan keadaan memerlukan.
√ Selalulah menjaga tahap kebersihan tuala wanita atau panty liner kerana ianya boleh mengundang kehadiran kulat dan bakteria. Jika tuala wanita tersebut sudah kotor, tukarkanlah kepada yang baru agar tahap kebersihan di alat sulit anda sentiasa terjaga.
√ Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau pun yang diperbuat dari kain nilon kerana faktor suhu yang tidak sesuai boleh menjejaskan sistem reproduksi wanita.
√ Hindari atau kurangkan pengambil pil-pil antibiotik.