Tips Mengawal Perasaan Marah

Adakah anda berasa sukar untuk mengawal perasaan marah? Mungkin anda sudah cuba mengatasinya tetapi masih lagi tidak mampu untuk meredakannya. Benar, jika perasaan marah atau kecewa sedang menyelubungi anda sekalipun luahkanlah ia dengan perasaan secara beradab kerana ia mencerminkan keperibadiaan kita. Tidak salah kita untuk kita meluahkan kekecewaan atau melepaskan kemarahan, namun orang yang beriman akan melakukannya dengan cara yang beradab.

Lebih hebat lagi, jika boleh untuk tidak marah ketika hati sedang marah. Rasulullah SAW bersabda : “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” – (Hadis Riwayat Bukhari).

1. Membaca ta’awwuz iaitu ucapan “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim” yang diucapkan sebelum membaca ‘Bismillah’

2. Mengubah posisi dan kedudukan

3. Terus meninggalkan situasi tegang itu dengan seberapa segera.

4. Mengambil wuduk atau mengambil air sembahyang.

5. Mendiamkan diri seketika itu adalah lebih baik.

6. Memperbanyakkan berzikir dengan memuji nama Allah.

7. Menyebut asmaul husna.

8. Minum air dan berdoa.

9. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan sambil mengosongkan fikiran. Kehadiran oksigen dapat mengurangkan tekanan dan kemarahan.

10. Membaca selawat.

11. Sentiasa beringat bahawa bukan kita sahaja yang ada dan boleh marah, orang lain pun boleh marah juga.



Tindakan untuk jangka panjang :

1. Melakukan amalan seperti solat taubat, berbuat baik, membaca Al-Quran, berpuasa sunat, membayar zakat, bersedekah dan sebagainya.
2. Menjaga diet pemakanan – makan sayur-sayuran , kurangkan daging merah, banyakkan daging putih, banyakkan makan buah sebelum benda lain dan jangan makan makanan yang ada bahan pengawet.
3. Kegiatan Fizikal – Badan yang sihat lebih mampu mengawal emosi. Orang yang sakin dan letih sukar untuk mengawal emosi.
4. Rajin buat kerja-kerja amal bagi membunuh kesombongan diri seperti mengutip sampah, mencuci tandas (terutamanya tandas masjid), mengutip derma dan seumpamanya.

Menahan diri daripada marah adalah sifat yang baik dan terpuji. Sabda Rasulullah SAW :” Sesiapa yang menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan .” Hadis riwayat Abu Daud.

Jom Baca Post Menarik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...