1 – Rangsang nafsu atau imaginasi seks isteri
Suami hendaklah terlebih dahulu merangsang dan membangkitkan keberahian isteri sebelum memulakan hubungan seks. Secara perlahan-lahan resapi mindanya dengan imaginasi seks yang tinggi, maka peluang untuk anda melihat kejayaan isteri terangsang, bernafsu dan klimaks boleh tercapai.
2 – Singkir stres atau tekanan
Klimaks isteri hanya boleh terjadi dengan mudah sekiranya dia tidak terbawa-bawa dengan sebarang masalah, stres atau pun tekanan. Jadi, adalah lebih baik sebelum anda memulakan aktiviti seksual buang dan singkir segala tekanan yang dihadapinya kerana kunci kejayaan untuk puaskan isteri ialah ‘ketenangan hati’.
3 – Mengolok-olok Isteri
Salah satu cara terbaik bagi mempercepatkan isteri anda mengalami inzal dalam persetubuhan ialah dengan mengacah-acahnya dengan sentuhan seksual. Sebagai contoh, anda mengusap-usap dan meraba-raba di bahagian celah kelengkang isteri tetapi tidak menyentuh (hanya menghampiri) tepat di klitoris. Tindakan seperti ini boleh menimbulkan geram dan dapat meningkatkan nafsu syahwat seks isteri anda dengan lebih berkesan.
4 – Rangsangan seksual
Teruskan rangsangan seksual dengan menggodanya kerana wanita jiwa wanita mudah tersentuh apabila anda memberikan ciuman, pelukan dan kasih sayang.
5 – Melakukan ‘foreplay’
Ingatan penting buat suami yang ingin isteri cepat klimaks supaya tidak secara terus menyerang makam wanita (vagina). Berikanlah dia foreplay yang terhebat agar nafsu syahwatnya membuak-buak naik sehingga anda dapat merasakan air mazinya mula keluar.
6 – Komunikasi mata
Apabila anda ingin melakukan tujahan dan henjutan zakar ke dalam vaginanya. Pastikan kedua-dua belah mata anda memandang tepat mata dan wajah isteri dengan kasih sayang supaya dia mudah terangsang dan nafsu syahwatnya meningkat naik.
7 – Main dengan klitoris
Bahagian tubuh wanita yang paling sensitif apabila menerima rangsangan seks ialah di klitorisnya. Letakkan 1 atau 2 jari anda dengan mengosok-gosok dan mengusap-usap sambil diselangi tekanan perlahan dan kuat.
8 – Teruskan memberi rangsangan
Jika semua tips di atas telah anda ikuti, maka teruskanlah memberi sentuhan dan rangsangan sehingga dia memperolehi klimaks yang terhebat. Jangan sesekali anda memberhentikan rangsangan kerana ianya boleh membantutkan perjalanan nafsu isteri anda.