Di bawah ini terdapat tips-tips yang boleh dijadikan panduan dalam membantu para isteri agar cepat hamil dan memudahkan untuk mendapat zuriat.
1 – Waktu Subur Isteri
Suami isteri yang benar-benar ingin mendapatkan zuriat seharusnya mengambil tahu waktu wanita subur ketika ingin melakukan hubungan seks. Secara sainsnya, waktu yang paling ideal ialah ketika isteri anda sedang mengalami fasa kesuburan (hari ejakulasi) di mana telur baru sahaja keluar dari sarang. Bilakah ianya berlaku? Waktu subur berlaku lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period. Cara lain untuk mengetahui waktu subur ialah suhu badan wanita akan meningkat naik 1 darjah celcius dan terdapat lendiran jernih di kemaluannya akibat dari perubahan hormon yang berlaku. Telur dan ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang untuk disenyawakan. Jadi adalah perlu bagi setiap pasangan untuk menganggar waktu yang terbaik sebelum melakukan hubungan seks.
2 – Keaktifan Melakukan Hubungan Seks
Hubungan seks yang kerap dilakukan oleh suami isteri adalah baik untuk kelangsungan hubungan rumahtangga. Cuma dalam hal untuk mempermudahkan isteri cepat hamil, kekerapan hubungan seks bukanlah menjadi suatu perkara utama. Apa yang lebih penting di sini ialah kekerapan hubungan seks anda semasa waktu subur itu yang harus ditekankan. Sebab tidak akan tercapai atau berhasil niat anda untuk cepat hamil walau banyak kali sekalipun anda melakukan hubungan seks di luar daripada waktu subur.
3 – Mencapai Klimaks Seks Pada Waktu Sama
Hasil kajian dari pakar-pakar perubatan mendapati bahawa ketika wanita mencapai orgasme (klimaks) semasa hubungan seks, akan terbit satu keadaan yang dipanggil ‘alkaline’ pada vagina yang mana pada ketika ini sperma lelaki lebih teruja berbanding pada keadaan normal vagina. Semasa hubungan seks rancak dijalankan, suami dan isteri haruslah berinteraksi antara satu sama lain agar masing-masing boleh mengagak jangkaan waktu yang sesuai bagi suami mencapai ejakulasi dan isteri mengalami orgasme pada waktu yang serentak. Jika proses klimaks ini berjaya dilakukan pada waktu yang sama, peluang sperma lelaki untuk bertemu ovum di rahim adalah tinggi dan seterusnya persenyawaan dapat dilakukan.
4 – Posisi Seks
Posisi atau cara seks semasa melakukan hubungan seks agar anda cepat hamil adalah apa yang disebut sebagai “posisi misionaris”. Posisi ini menuntut wanita berbaring di bahagian bawah lelaki dalam keadaan terlentang. Dalam situasi ini zakar suami mudah dapat dimasukkan sedalam-dalamnya ke dalam vagina dan jarak perjalanan pancutan air mani yang mengadungi sperma dapat dipendekkan. Seterusnya vagina wanita lebih bersedia untuk menerima rombongan sperma dari lelaki.
5 – Berehat Seketika Selepas Pancutan Air Mani
Apabila suami berjaya memancutkan air maninya ke dalam vagina, para isteri disarankan agar tidak terus bangun atau berehat seketika. Dipercayai kaedah seperti ini dapat meningkatkan kebarangkalian potensi anda untuk cepat hamil adalah lebih cerah kerana sperma dapat diberikan ruang masa untuk berenang ke rahim. Walaubagaimanapun kaedah ini hanyalah sebagai satu usaha sahaja dan ianya tidak terdapat bukti atau kajian yang menunjukkan jika anda tidak bergerak kadar masa untuk anda hamil cepat adalah tinggi. Seperkara lagi ialah jangan mencuci vagina anda dengan cecair pembersih dikhuatiri produk tersebut mengandungi toksid yang boleh mengakibatkan kualiti sperma suami terjejas.
6 – Suhu Sekitar Zakar
Saya pernah membaca sebuah buku semasa di universiti dahulu (tidak ingat nama bukunya), kajian tersebut mendapati bahawa anak-anak konduktor bas adalah lebih ramai berbanding dengan anak-anak dari pemandu bas. Begitu halnya dengan anak-anak yang bapanya berkerja sebagai nelayan. Jika kita kaitkan dengan kajian yang dinyatakan di atas, adalah amat penting suami menghindari dari memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Suhu yang yang tidak seimbang di sekitar zakar boleh mempengaruhi kualiti pembentukan sperma.
7 – Sentiasa Bertenang
Sikap tidak sabar atau terlebih teruja pasti wujud lebih-lebih lagi kepada pasangan yang kali pertama ingin hamil dan yang telah lama menunggu cahaya mata juga boleh memberikan sedikit tekanan. Sebaiknya anda berdua mestilah sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua situasi supaya stres tersebut tidak mengganggu keupayaan anda untuk hamil.
8 – Amalan Pemakanan dan Kesihatan Tubuh Badan
Amalan pemakanan yang seimbang penting dalam mengekalkan tubuh badan yang sihat. Ambillah nutrisi yang secukupnya agar wanita lebih mudah hamil dan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi kesihatan bayi sekiranya anda disahkan hamil.
Semoga tips-tips yang diberikan di atas itu tadi sedikit sebanyak dapat membantu, mempercepat dan memudahkan proses kehamilan isteri. Ingatlah, jangan pula mudah mempunyai sikap berputus-asa seandainya anda berdua masih gagal lagi untuk hamil. InsyaAllah, selagi kita terus berusaha dan berdoa hasrat untuk cepat hamil pasti akan mendapat perkenan dariNYA.