Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.
1. Hormati penilaian dan kemampuan suami dalam membuat keputusan.
2. Semasa suami bercakap, hendaklah isteri diam dan mendengarnya. Jangan menyampuk atau memotong cakap.
3. Bila suami berhajatkan sesuatu, segeralah tunaikan. Jangan berlengah-lengah kerana khuatir akan menimbulkan kemarahan suami.
4. Prihatin keadaan suami. Sihatkah dia? Ada masalah ke? Penat ke? Rajin-rajinlah mengurut badan suami. Mungkin urutan si isteri boleh meredakan diri suami.
5. Isteri kena peka dalam kebersihan pakaian suami. Kalau baju suami koyak, tolong jahitkan dengan kemas. Baju kerja suami gosok biar kemas dan cantik.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri.
7. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
8. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.
9. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.
10. Semasa di meja makan, pastikan suami dulu yang menyuapkan makanan ke
mulutnya. Jangan makan sebelum suami makan. Jaga adab ok!
Isteri yang boleh taat suami dan menjaga hak suami walaupun suaminya tidak berwibawa, walaupun miskin, dan tidak cukup ilmu, wanita inilah yang akan mendapat pahala seperti berjihad di medan perang.
Isteri yang boleh taat suami dan menjaga hak suami walaupun suaminya tidak berwibawa, walaupun miskin, dan tidak cukup ilmu, wanita inilah yang akan mendapat pahala seperti berjihad di medan perang.