1. Tidak Memahami Kenapa Orang Lain Tidak Optimistik
Wanita yang sedang bercinta akan berfikir bahawa isi seluruh dunia ini mengagumkan, mereka menikmati hidup, dan segala keindahannya. Wanita hairan mengapa ada orang-orang yang tidak dapat menikmati hidup dan tidak menyedari sebenarnya mereka beruntung.
2. Cemas Bila Terpisah Dari Kekasih
Kecemasan wanita berlaku amat cepat ketika terpisah dari kekasih, walau mereka baru bertemu beberapa jam yang lalu. Wanita benar-benar rindu dan merasakan kehidupan tidak lengkap bila kekasih tiada disampingnya.
3. Berubah Memandang Kebahagiaan
Ketika masih bergelar seorang gadis, wanita suka pergi ‘melepak’ dengan kawan-kawannya. Mereka menghabiskan masa menjalankan hobi dan membeli-belah. Namun, setelah bertemu jodoh, wanita lebih suka menghabiskan masa di rumah menonton drama atau filem dengan pasangannya.
4. Asyik Menyebut Nama Kekasih
Bila wanita jatuh cinta, mereka akan bercakap tentang kekasihnya tanpa henti. Ini terjadi kerana lelaki selalu hadir di fikirannya. Malah, wanita selalu mewujudkan pertalian apa pun dengan lelaki tersebut.
Jika anda merasakan perasaan sebegini maka anda benar-benar telah jatuh cinta. Cinta itu ibarat sambal belacan. Walaupun pedas, tetap ditelan jua kerana kemanisan yang tersirat itu tidak dapat dirasakan oleh lidah tetapi hati sahaja yang dapat merasakan keenakannya