Tips Elak Rasa Bosan Di Ranjang

Sejajar dengan peningkatan usia sudah pasti rasa jemu dan bosan pasti wujud apatah lagi dalam kehidupan suami isteri. Wahai suami dan isteri! Hidup ini mesti ceria dan gembira. Barulah perhubungan dan ikatan rumahtangga akan menjadi semakin bahagia.

Jom kita lihat tips-tips bagaimana dapat membantu mengelakkan rasa bosan di ranjang tersebut seperti yang tertera di bawah ini :

1 – Ibadah
Tetapkan di dalam hati anda dari segi pemahaman dan ‘mind-setting’ bahawa matlamat utama hubungan kelamin antara suami dan isteri merupakan suatu ibadah jika dikerjakan akan mendapat pahala dari Allah SWT.

2 – Kamar/Bilik Tidur
Apa kata kali ini anda berdua melakukan sedikit perubahan keadaan di kamar tidur. Tampilkan sedikit kelainan pada lampu dan dinding bilik ke warna yang boleh membangkitkan suasana romantik. Bagi pasangan yang sukakan suasana yang lebih mengghairahkan, anda bolehlah menyalakan lilin-lilin aromaterapi sebelum memulakan hubungan seks.

3 – Pelajari Pelbagai Posisi Hubungan
Pasangan akan mudah berasa bosan bila mengadakan hubungan badan jika anda tidak mempelbagaikan teknik, gaya atau posisi seks. Belajar dan buatlah sedikit pembaharuan tentang teknik, gaya atau posisi seks tersebut agar pasangan anda akan berasa lebih seronok dan syok. Ini akan membuatkan dia ternanti-nanti untuk melakukan hubungan seks pada masa akan datang.

4 – Ubah Waktu Hubungan
Jika sebelum ini anda selalu mengadakan hubungan intim di waktu malam, apa kata kali ini anda berdua ubah ke waktu selepas menunaikan solat fardhu Subuh. Seronok bukan?

5 – Foreplay
Pesanan buat suami/lelaki, wanita memang agak lambat untuk mencapai klimaks pertamanya. Oleh itu, anda disarankan untuk mengadakan foreplay terlebih dahulu sekurang-kurangya 30 minit sebelum anda memulakan aksi. Wanita sebenarnya akan cepat bosan dan tertekan jika anda selalu ingin cepat sahaja!

6 – Oral
Rasa bosan di ranjang biasanya terjadi bila anda statik kepada 1 atau 2 posisi sahaja. Hubungan akan menjadi lebih nikmat dan sedap sekiranya anda berdua saling betukar-tukar melakukan oral.

Jom Baca Post Menarik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...