Posisi Hubungan Kelamin Pilihan Suami Isteri

Posisi seks memainkan peranan penting khusus untuk pasangan suami isteri andai mereka inginkan sebuah kepuasan dan kenikmatan yang memberahikan sewaktu beraksi di ranjang. Lebih-lebih lagi buat wanita kerana mereka lebih suka dimanja dan dibelai oleh lelaki ketika hubungan seks. Oleh itu anda berdua bebas untuk memilih apa sahaja posisi seks kesukaan anda asalkan ianya selesa, seronok dan tidak memudaratkan antara satu sama lain.

Di bawah ini terdapat beberapa contoh posisi seks yang mungkin boleh dipraktikkan oleh suami isteri semasa anda ingin melakukan hubungan badan bersama. Pilihlah posisi seks yang terbaik dan barangkali sesuai untuk anda berdua dalam menikmati hubungan seksual.



1 – POSISI BERDIRI

Posisi pertama yang anda boleh praktikkan ialah posisi berdiri. Posisi berdiri ini paling digemari oleh ramai pasangan suami isteri kerana kedudukan zakar dan g-spot adalah sangat dekat dan ini boleh membuatkan perempuan merasai nikmat puas yang tidak terperi sedapnya. Walaubagaimanapun, cara ini sebenarnya amat sesuai bagi pasangan yang mempunyai ketinggian yang sama. Tidak salah bagi anda untuk mencubanya (bagi pasangan yang tidak sama ketinggian) mungkin anda boleh menggunakan alas seperti kerusi dan sebagainya untuk menambah ketinggian.


2 – DOGGY STYLE

Posisi ini merupakan kedudukan seks yang paling membuatkan perempuan terasa nikmat dan bahagia. Teknik seperti ini menyebabkan perempuan lebih cepat mencapai orgasme. Bagi lelaki pula teknik ini dapat memudahkan anda untuk mencari titik g-spot isteri. Melalui teknik doggy ternyata perempuan dan lelaki dapat mengeluarkan sisi liarnya. Hubungan seks bukan saja menjadi lebih puas dan menarik tetapi kenikmatan mendayung bagi orang lelaki akan teruji pada ketika ini sama ada boleh bertahan lebih lama atau sebaliknya. Dalam pada itu, tekanan zakar lelaki janganlah terlalu kuat sehingga boleh menyebabkan isteri anda merasai kesakitan. Wahai suami! pandai-pandailah anda mendayung.


3 – WOMEN ON TOP

Posisi perempuan di atas badan lelaki ini juga amat disukai oleh wanita. Gaya ini dapat memberi ruang dan pergerakan yang bebas serta mudah dikawal oleh wanita dalam menentukan saat untuk dirinya mencapai orgasme. Kebiasaannya teknik ini dipraktikkan setelah suami mengalami kepenatan semasa mendayung. Pada waktu inilah suami boleh menggunakan peluang keemasan dengan meramas dan menghisap puting payudara isteri.


4 – Missionari (Mubaligh Klasik)

Posisi seks pilihan yang lain ialah seperti mubaligh klasik. Cara ini merupakan kedudukan yang sangat umum iaitu perempuan dan lelaki akan saling berhadapan. Teknik ini ternyata akan dapat meningkatkan tahap romantis di antara pasangan. Pada ketika inilah pasangan akan melakukan ciuman, pelukan dan bermain mata.


5 – POSISI DUDUK

Posisi seperti ini membuatkan perempuan benar-benar dapat menikmati gomolan dari suaminya. Perempuan akan naik ke pangkuan suami dan biasanya akan disertai dengan gerakan memeluk, mencium atau menggunakan hubungan mata untuk semakin menaikkan nafsu serta ghairah dari suami. Cara seperti ini juga akan membuat anda kelihatan lebih seksi.

Tips Menjadi Suami Yang Hebat

Suami hebat dikaca mata isteri bukanlah sahaja menuntut anda berkemampuan untuk lebih tahan lama beraksi di ranjang malah lebih dari itu sebenarnya. Menjadi seorang suami yang sentiasa disanjungi oleh isteri dan anak-anak memerlukan anda menguasai ilmu agama serta ilmu kehidupan agar dapat membimbing mereka demi hubungan rumahtangga yang berkekalan.

Di bawah ini admin kongsikan beberapa petua sesuai dibaca dan diamalkan oleh para suami supaya dapat menjadi suami yang terbaik.

1 – IMAM

Perkara yang paling utama dalam membentuk sebuah kekeluargaan adalah melantik pemimpin. Pastinya suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumahtangga ke jalan yang lebih diredhai. Bukan itu sahaja, bagi anda yang bakal bergelar suami atau bapa, jangan hanya menyediakan hiburan tetapi sediakan juga ilmu-ilmu agama untuk membimbing isteri dan anak.

2 – MATANG

Ramai lelaki kelihatan seperti matang apabila yakin mahu berumahtangga. Hakikatnya, sikap matang ini tidak ada setelah berkeluarga. Oleh itu, suami perlu matang dalam membuat keputusan kerana sebagai seorang isteri, mereka akan sentiasa meminta pandangan suami untuk sesuatu perkara.

3 – PENJAGA

Ketika bercinta dulu, romantik bagai nak rak. Bila sudah berkahwin, berpimpin tangan rasa malu? Jadilah suami yang benar-benar menjaga isteri sehingga ke akhir hayat. Misalnya, apabila membantu isteri sewaktu dalam tempoh berpantang dan menguruskan perihal anak-anak kecil. Jangan pula berkira untuk bangun malam menjaga anak yang menangis kelaparan.

4 – MR. INDEPENDENT

Sila tahu menguruskan diri sendiri. Usah hanya mengharapkan isteri melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian, menggosok pakaian mahupun hanya mencari stokin! Percayalah… Suami yang pandai melakukan kerja-kerja isteri boleh kelihatan comel dan romantik.

5 – BERPRINSIP

Badan sudah tegap malah berotot pula. Elak kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga jika berlaku perselisihan faham di antara suami isteri. Suami yang mempunyai pendirian dan tegas tapi lembut akan jadi hebat di mata isteri.

6 – SERBA TAHU

Jadilah suami yang serba handal. Isteri mana yang tidak kagum apabila suami mempunyai pengetahuan di dalam bidang ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Suami sebegini bukan saja menjadi kesayangan isteri tetapi termasuk mertua.

7 – CHEF

Lihat di sekeliling anda. Dunia masakan kini banyak dipelopori oleh kaum lelaki. Meskipun tidak layak untuk keluar di kaca televisyen, jadilah suami yang pandai memasak kerana suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan hanya tahu makan air tangan isteri saja kerana air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan suami isteri.

Semoga petua menjadi suami hebat di mata isteri ini mampu dilaksanakan demi hubungan rumah tangga yang berkekalan. Syurga dewi-dewi ini adalah di bawah tapak kaki suami dan bimbinglah ke arahnya. Jom jadi suami hebat hari ini.

Tanda-Tanda Lelaki Ingin Hubungan Kelamin

Tanda-tanda lelaki ingin mengadakan hubungan kelamin atau pun mahu mengajak pasangannya melakukan hubungan intim dapat dikenalpasti dengan mudah berdasarkan kepada beberapa petanda berikut :

1 – Seorang lelaki yang dahagakan seks akan cuba menarik perhatian pasangannya untuk memandang ke kawasan kemaluannya. Ini dapat dilihat apabila dia berdiri sambil mencangkukkan ibu jarinya di dalam lubang tali pinggang seluarnya (seperti mencekak pinggang).

2 – Cuba perhatikan pada matanya. Seandainya dia mengalami ereksi anda akan lihat matanya seolah-olah akan ‘tersenyum’ dan bahagian pada mata tersebut bertukar menjadi lebih besar. Itu tandanya dia sudah terangsang.

3 – Amati dan dengar pula suaranya. Jika suaranya mula bertukar menjadi lebih kasar dan mendalam itu tandanya si suami sudah tidak tertahan benar untuk mengajak anda melakukan seks.

4 – Seterusnya, apabila pasangan mula tunduk dan sering mengurut-urut atau memegang bahu anda, itu bermakna “He Wants More!”.

5 – Pergerakan tubuh badannya mula aktif dengan memeluk anda sambil tangannya bergerak ke bahagian bawah badan sehingga ke pinggul anda. Itu petanda dia benar-benar mahukan seks.

6 – Si dia cuba kelihatan seksi seperti menggigit bibir bawahnya atau melentokkan kepalanya kepada anda. Itu bermakna dia cuba untuk menarik perhatian anda untuk ke katil!

10 Petanda Jodoh Kita

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Surah Muhammad, ayat 7)

Di bawah ini merupakan 10 tanda-tanda bahawa dia adalah jodoh kita :

1 – Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2 – Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3 – Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4 – Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5 – Percaya-mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?. Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya-mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperolehi kedua-duanya.

6 – Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7 – Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Dikala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit,” inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini dikala suka dan duka, disaat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8 – Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9 – Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?. Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10 – Solat Istikharah dan Tawakal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat pentunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Kepentingan Dara Bagi Wanita

Kepentingan dara bagi wanita khususnya dalam masyarakat Melayu Islam adalah suatu perkara yang amat diberi penekanan kerana ianya melibatkan soal maruah dan nilai harga sesebuah keluarga. Jika ibu bapa tidak ambil berat dalam hal sosial kehidupan terutamanya bagi anak gadis dikhuatiri kelak mereka akan mudah terjerumus dalam gejala sosial seperti mengandung anak luar nikah, rogol, sumbang mahram dan lain-lain lagi.

Situasi seperti ini bukan sahaja menyebabkan anak gadis mereka kehilangan dara pada usia yang muda malah hal ini juga boleh memalukan keluarga dan seterusnya hasrat untuk berkahwin dengan lelaki idaman menjadi lebih sukar (seandainya calon lelaki mengetahui bakal isterinya sudah tiada dara lagi).

Bagi seorang wanita mereka amat memandang tinggi nilai dara kerana bagi mereka itu adalah lambang kesucian yang perlu dijaga sebelum mereka menyerahkannya kepada bakal suami. Begitu juga dengan lelaki sudah tentu mereka mengidamkan seorang wanita yang masih mempunyai dara.

Apakah yang dikatakan Dara?

Dara atau hymen merupakan satu selaput atau membran tipis yang menutupi bahagian di dalam vagina wanita. Membran tipis ini biasanya mempunyai lubang di bahagian tengahnya agar darah haid boleh keluar atau pun dimasuki oleh penis ketika hubungan intim dijalankan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pecah Dara?

Masyarakat umum sering menggunakan istilah pecah dara bagi menggambarkan bahawa berlakunya pendarahan vagina sewaktu pertama kali wanita itu melakukan hubungan seks. Seperti yang telah dinyatakan di atas bahawa vagina itu mempunyai lubang di bahagian tengahnya. Masuknya zakar ke dalam vagina bukan bererti perlu memecahkan membran dara seperti menusuk belon melainkan hanya mengoyakkan sedikit bahagian tersebut bagi memberi laluan kepada zakar yang mempunyai saiz diameter yang lebih besar dari selaput dara tersebut.

Adakah wanita itu akan berasa sakit ketika Pecah Dara?

Rasa bimbang dan takut pasti menyelubungi wanita ketika pertama kali mereka mahu melakukan hubungan seks dengan suami. Sebenarnya pecahnya selaput dara tidak mendatangkan rasa sakit melainkan hanya berdarah. Ini kerana selaput dara tidak mempunyai saraf melainkan di saluran darah sahaja (rasa sakit hanya dapat dirasai pada bahagian tubuh yang mempunyai saraf).

Kesakitan mulai timbul adalah disebabkan berlakunya regangan di bahagian vagina apabila penis dimasukkan buat pertama kali. Bagi wanita yang tidak pernah atau melakukan hubungan seks, vaginanya tertutup rapat dan hanya muat-muat untuk diameter penis lelaki sahaja. Oleh sebab itu, apabila penis dimasukkan maka sedikit regangan akan berlaku.

Belum pernah melakukan hubungan seks tetapi dara sudah pecah

Tanpa melakukan hubungan seks, terdapat juga segelintir wanita yang mengalami selaput dara koyak. Hal ini mungkin berlaku disebabkan terjadinya trauma mekanikal terhadap bahagian vagina sehingga ia koyak. Umpamanya wanita tersebut terjatuh di bilik air lalu bahagian vagina terhantuk ke mangkuk tandas atau pun tersadung di celah kangkang ketika menaiki basikal dan sebagainya.

Apakah perbezaan pecah dara kerana hubungan seks atau trauma

Terdapat perbezaan di antara koyaknya selaput dara disebabkan olehh penetration penis atau trauma (tersadung, terhentak, terlanggar dan sebagainya). Penetration penis selalunya akan menyebabkan selaput dara koyak di bahagian bawahnya pada sekitar jam 5 hingga jam 7.

Manakala trauma pula akan menyebabkan selaput dara koyak di bahagian atasnya sekitar jam 11 hingga jam 2. Hal ini kerana posisi selaput dara bahagian atas lebih luar daripada bahagian bawahnya. Dengan erti yang lebih mudah, sekiranya vagina terhentak di mangkuk tandas, bahagian atas akan terhentak terlebih dahulu sebelum bahagian bawahnya. Sebab itu trauma akan menyebabkan koyak di bahagian atas selaput dara.

Mengatasi Masalah Keputihan Wanita

Mungkin ada dikalangan kaum wanita yang tertanya-tanya apakah antara penyebab atau punca keputihan sehingga ianya boleh berasa gatal dan sakit di bahagian kemaluan. Masalah keputihan ini biasanya terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Antara salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini ialah dari segi faktor pemakanan.

Makanan manis atau yang mengandungi kandungan gula tinggi boleh menyebabkan berlakunya lelehan cecair keluar dari vagina. Oleh itu wanita hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih donut, gula-gula getah dan lain-lan. Ini bukan bermaksud anda dilarang terus dari makan makanan yang manis tetapi jika anda serius untuk mencegah masalah keputihan, kurang-kurangkanlah.

Selain itu, terdapat beberapa jenis buah-buahan seperti sengkuang, timun dan nanas yang turut boleh memberi kesan kepada masalah keputihan. Jadi selepas ini anda sudah tahu mana makanan yang perlu anda kawal dan makan agar ianya tidak berlebihan.

Misalnya bagi wanita yang berkeinginan sangat untuk makan buah nanas. Boleh makan tetapi dicadangkan kepada anda supaya makan buah tersebut sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda makan nasi tidak kira sama ada makan tengahari ataupun makan malam.

Di bawah ini admin ingin memberikan tips atau cara-cara yang sekurang-kurangnya dapat membantu wanita dalam mengatasi masalah keputihan tersebut :

√ Bila mandi siang atau malam, sentiasa bersihkan celah paha anda dengan sabun mandi yang sesuai. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna bahagian kulit permukaan paha anda akan menjadi semakin gelap.

√ Seboleh-bolehnya elakkan daripada mengambil pil perancang keluarga melainkan keadaan memerlukan.

√ Selalulah menjaga tahap kebersihan tuala wanita atau panty liner kerana ianya boleh mengundang kehadiran kulat dan bakteria. Jika tuala wanita tersebut sudah kotor, tukarkanlah kepada yang baru agar tahap kebersihan di alat sulit anda sentiasa terjaga.

√ Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau pun yang diperbuat dari kain nilon kerana faktor suhu yang tidak sesuai boleh menjejaskan sistem reproduksi wanita.

√ Hindari atau kurangkan pengambil pil-pil antibiotik.

Jom Baca Post Menarik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...