Bentuk Payudara Cermin Perwatakan Wanita

Saiz dan bentuk payudara bagi setiap wanita adalah berlainan di antara satu sama lain. Perbezaan ini boleh mencerminkan perwatakan, keperibadian dan mempengaruhi jiwa seseorang wanita itu. Selain menjaga kecantikan wajah, wanita juga amat mementingkan soal penjagaan kesihatan tubuh badan terutamanya pada bahagian buah dada mereka. Pada mereka aset istimewa ini adalah kelebihan yang boleh digunakan dalam menawan atau menakluki nafsu lelaki.

Buah dada atau payudara wanita yang berbeza-beza saiz mahupun rupabentuknya dapat dikategorikan kepada beberapa jenis mengikut bentuk payudara itu sendiri. Setiap jenis payudara wanita dapat mencerminkan atau melambangkan perwatakan seseorang itu. Jom teruskan pembacaan dan lihat anda dikategori yang mana?

1. Payudara Bulat dan Besar seperti Buah Tembikai

    Wanita seperti ini dikatakan memiliki sifat-sifat keibuan
    Ingin selalu dipuji
    Ingin selalu dibelai dan dimanjakan
    Wanita jenis ini kurang gemar untuk melakukan hubungan seks secara kerap

2. Payudara Tertonjol Keluar seperti Buah Lemon

    Suka ketawa secara sendirian
    Inginkan sebuah kehidupan yang seimbang
    Seorang yang sangat ceria dan suka memeriahkan suasana

3. Payudara seperti Buah Pear

    Suka berlaku curang
    Kerap menduakan suami

4. Payudara Kecil seperti Buah Ceri

    Seorang yang cerdik dan sangat lucu
    Suka menghiburkan kekasihnya
    Nafsunya agak ghairah

5. Payudara Lembut dan Pejal seperti Buah Gedang

    Prestasi seks yang kurang memuaskan
    Sering mengurung diri di rumah
    Lebih suka memanjakan kekasih dan suka suasana kemesraan
    Jarang sekali meradang atau naik angin
    Berkeyakinan tinggi

6. Payudara Bujur dan Pejal seperti Buah Nanas

    Seorang yang pintar
    Selalu memikirkan kerjaya
    Sangat romantik dalam percintaan
    Seorang yang setia pada yang satu

Teknik Memasukkan Zakar Ke Faraj Isteri

Memasukkan zakar ke dalam faraj isteri ketika mengadakan hubungan intim memerlukan cara atau teknik yang betul. Mungkin ada yang beranggapan persoalan ini merupakan suatu perkara yang remeh padahal untuk melakukannya adalah cukup mudah.

Tetapi adakah anda tahu bahawa dengan melakukan teknik yang salah sewaktu melakukan persetubuhan boleh mengundang kesan yang buruk kepada isteri anda? Jangan main-main! Silap masuk ke dalam lubang yang lain boleh memberikan kesakitan kepadanya.


Sebelum anda memasukkan zakar ke dalam faraj isteri anda perlulah mengetahui adakah isteri sudah benar-benar bersedia untuk menerima tusukan anda itu? Bagaimanakah caranya kita boleh memastikan dan dapat mengetahui isteri telah bersedia? Sudah tentu betapa pentingnya aktiviti foreplay atau pemanasan badan harus dilakukan terlebih dahulu supaya nanti isteri anda tidak akan berasa sakit sewaktu anda membenam batang zakar ke dalam farajnya.

Dalam erti kata mudah, jika 3 perkara di bawah ini sudah jelas kelihatan di riak wajah dan fizikal isteri anda itu tandanya dia telah bersedia untuk menerima tusukan zakar anda.

1. Nafas isteri semakin laju dan kencang

2. Faraj dan tubuh badan isteri bergerak dengan laju

3. Anda akan dapat melihat anak mata isteri sudah ‘menghilang’ dan memandang ke atas.


Berikut merupakan langkah-langkah atau cara-cara yang betul semasa memasukkan zakar ke dalam faraj isteri :

1. Ketukkan secara lembut kepala zakar anda pada bahagian bibir kiri faraj isteri 3 kali kemudian pindah ke bahagian bibir kanan faraj sebanyak 3 kali juga.

2. Halakan kepala zakar anda ke bahagian paling sensitifnya iaitu klitoris dan ketuk sebanyak 3 kali.

3. Sebelum anda menusuk masuk ke lubang faraj isteri pastikan terlebih dahulu batang zakar anda telah menegang dan keras. Jika masih belum yakin atau zakar kelihatan masih lembik, mintalah bantuan isteri untuk merangsang dan menyentuh zakar anda dengan lemah gemalai.

4. Apabila batang sudah mencodak, masukkanlah zakar anda secara perlahan-lahan ke lubang farajnya. Jangan bertindak kasar!

5. Tusukkan pada permulaan haruslah dituju ke dinding sebelah kanan dan kiri dalam faraj. Ini agar membolehkan keseluruhan dinding bahagian dalam faraj isteri anda mencengkam zakar anda. Cara ini penting dalam mendapatkan titik rangsangan awal supaya kesemua reseptor saraf deria yang terdapat di dinding faraj dapat dirangsang terlebih dahulu secara maksimum agar dapat memberikan kenikmatan yang lebih kepada isteri.

6. Sesudah itu anda boleh meneruskan tujahan zakar ke bahagian tengah, atas bahagian dinding serta bawah dinding faraj isteri anda.

7. Seandainya anda dapati isteri sudah mula mendengus, mendesah dan mengerang dengan suara yang kuat itu tandanya dia meminta anda melakukan tujahan dengan lebih laju lagi.

8. Sekali-sekali berikan tusukan keluar masuk zakar anda dengan tekanan perlahan dan kuat secara berselang-seli. Tindakan ini akan membuatkan nafsu isteri anda semakin ghairah dan mudah baginya untuk mencapai orgasme dan seterusnya memperolehi kenikmatan seks yang tidak terhingga.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah pasangan suami isteri seharusnya berkerjasama dan mempunyai hubungan komunikasi yang baik. Isteri anda mestilah bersikap terbuka dan buangkan perasaan malu-malu kucing. Anda juga boleh menanyakan isteri pada posisi atau teknik seks yang mana terbaik buat dirinya dalam mencapai kepuasan seks secara bersama.

Dalam pada itu juga, suami disarankan agar dapat membuang sikap ego supaya apa yang diminta oleh isteri mampu untuk anda lakukan. Jika semua perkara yang telah dinyatakan di atas dapat diikuti oleh suami isteri, InsyaAllah hubungan seks anda berdua bukan sahaja sesuatu yang indah untuk dikenang malah ianya juga dapat memberikan kepuasan seksual yang adil bagi kedua-dua belah pihak.

10 Tips Jadi Isteri Solehah

Isteri solehah boleh ditakrifkan sebagai seorang isteri yang dapat mengakui dan menerima kenyataan bahawa suaminya ialah ketua pemimpin dalam sesebuah rumahtangga. Keredhaan isteri adalah terletak pada keredhaan suami dan tiada siapa yang boleh menyangkal tentang kelebihan satu darjah yang Allah berikan kepada suami.

Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah SWT :

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa :34)

Berikut merupakan 10 Tips yang dapat membantu wanita untuk menjadi seorang isteri yang solehah :

1. Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim)

2. Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumahtangga.

Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekaligus boleh menggugat keharmonian rumahtangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.


3. Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

4. Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat-cermat.

(Riwayat Ibnu Majah)

5. Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.

6. Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak.

(Riwayat Ahmad)

7. Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah :

“Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah s.a.w. memberi panduan :

Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya.

(Hadis sahih)

8. Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap
kedua-dua ibu bapanya.

9. Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.”

10. Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.:

“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.”

Mengurut Batin Suami Isteri

Mengurut batin bersama pasangan merupakan suatu aktiviti yang baik untuk menyegarkan tubuh badan supaya menjadi lebih hangat selain dapat mengeratkan hubungan rumahtangga suami isteri. Kenikmatan dalam hubungan seks akan menjadi lebih bermakna jika si suami dan isteri sentiasa mempunyai nafsu yang kuat seperti anak dara dan teruna.
 

Penekanan yang ingin diberikan semasa mengurut batin ini adalah tertumpu kepada bahagian rahim wanita. Kebanyakan wanita hari ini mengalami dingin seks bersama suami adalah disebabkan oleh banyaknya angin-angin yang terkumpul di bahagian peranakan. Oleh itu, setiap wanita harus melakukan sesuatu untuk menguatkan kembali bahagian rahim supaya prestasi seks anda berada di tahap yang baik.

Di bawah ini terdapat beberapa cara atau langkah-langkah untuk mengurut batin wanita dimana suami boleh mengurut isteri di rumah :

Langkah 1 : Pastikan isteri anda berbaring dalam keadaan terlentang. Urutan dimulakan dari bahagian tapak kaki sehingga ke paha. Urut isteri anda dengan lemah-lembut. Sewaktu mengurut apabila anda dapat rasakan ada tempat yang keras, itu bermakna terdapat urat-urat isteri yang tersimpul. Maka urutlah tempat tersebut dengan sedikit tekanan supaya urat yang bersimpul itu kembali normal atau lurus. Urut dengan sekali lalu sahaja.

Langkah 2 : Minta isteri anda berbaring secara meniarap pula. Kali ini urut dari bahagian betis dan naik sehingga ke bahagian paha. Mungkin anda boleh mengurut di bahagian betis selama 2 minit dan di bahagian paha pun 2 minit atau ikut keselesaan isteri anda.

Langkah 3 : Kemudian, urut bahagian pinggang sebelah bawah, ke bahagian pinggul dan pada bahagian bawah vagina sebanyak 7 kali pusingan.

Langkah 4 : Akhir sekali, suruh isteri anda berbaring secara terlentang semula. Kali ini urut bahagian kiri pusat sehingga ke pangkal vagina. Urutkan dengan kekuatan sederhana di bahagian pusat dan lembut di bahagian pangkal vagina. Ulang urutan ini sebanyak 7 kali.

Semoga panduan atau cara mengurut yang diberikan di atas tadi dapat membantu suami isteri untuk meningkatkan kekuatan batin dan mengembalikan ghairah seksual. Adalah lebih baik aktiviti mengurut di atas dapat dilakukan oleh suami untuk isterinya. Jadi tidak perlulah membazir wang dan masa untuk pergi ke rumah-rumah urut. Semuanya anda dapat lakukannya sendiri di rumah.

Tips Mengawal Perasaan Marah

Adakah anda berasa sukar untuk mengawal perasaan marah? Mungkin anda sudah cuba mengatasinya tetapi masih lagi tidak mampu untuk meredakannya. Benar, jika perasaan marah atau kecewa sedang menyelubungi anda sekalipun luahkanlah ia dengan perasaan secara beradab kerana ia mencerminkan keperibadiaan kita. Tidak salah kita untuk kita meluahkan kekecewaan atau melepaskan kemarahan, namun orang yang beriman akan melakukannya dengan cara yang beradab.

Lebih hebat lagi, jika boleh untuk tidak marah ketika hati sedang marah. Rasulullah SAW bersabda : “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” – (Hadis Riwayat Bukhari).

1. Membaca ta’awwuz iaitu ucapan “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim” yang diucapkan sebelum membaca ‘Bismillah’

2. Mengubah posisi dan kedudukan

3. Terus meninggalkan situasi tegang itu dengan seberapa segera.

4. Mengambil wuduk atau mengambil air sembahyang.

5. Mendiamkan diri seketika itu adalah lebih baik.

6. Memperbanyakkan berzikir dengan memuji nama Allah.

7. Menyebut asmaul husna.

8. Minum air dan berdoa.

9. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan sambil mengosongkan fikiran. Kehadiran oksigen dapat mengurangkan tekanan dan kemarahan.

10. Membaca selawat.

11. Sentiasa beringat bahawa bukan kita sahaja yang ada dan boleh marah, orang lain pun boleh marah juga.



Tindakan untuk jangka panjang :

1. Melakukan amalan seperti solat taubat, berbuat baik, membaca Al-Quran, berpuasa sunat, membayar zakat, bersedekah dan sebagainya.
2. Menjaga diet pemakanan – makan sayur-sayuran , kurangkan daging merah, banyakkan daging putih, banyakkan makan buah sebelum benda lain dan jangan makan makanan yang ada bahan pengawet.
3. Kegiatan Fizikal – Badan yang sihat lebih mampu mengawal emosi. Orang yang sakin dan letih sukar untuk mengawal emosi.
4. Rajin buat kerja-kerja amal bagi membunuh kesombongan diri seperti mengutip sampah, mencuci tandas (terutamanya tandas masjid), mengutip derma dan seumpamanya.

Menahan diri daripada marah adalah sifat yang baik dan terpuji. Sabda Rasulullah SAW :” Sesiapa yang menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan .” Hadis riwayat Abu Daud.

10 Perangai Hidup Bahagia

Perangai hidup di antara pasangan suami isteri adalah amat penting dalam menentukan kebahagiaan sesuatu rumahtangga itu sama ada bahagia atau sebaliknya. Apabila kedua-dua belah pihak dapat memberikan kerjasama dan mempunyai sikap bertolak-ansur, InsyaAllah perhubungan suami isteri akan lebih bermakna serta kehidupan rumahtangga akan menjadi semakin bahagia.

Sekadar ingatan buat suami isteri agar boleh jadikan 10 perangai di bawah ini sebagai pedoman atau contoh yang boleh dipraktikan dalam kehidupan rumahtangga. Selamat Mencuba!

1 . Pandai Menghargai Sesuatu

Sikap menghargai apa yang pasangan anda dan juga dirinya pasti akan merapatkan hubungan anda berdua. Sentiasalah menghargai apa yang pasangan anda lakukan walaupun ianya merupakan perkara kecil.

2. Sentiasa Memberi Komitmen

Setiap hari anda perlu sedar tentang komitmen yang anda ada dan cubalah untuk memberi fokus yang terbaik buat keluarga tersayang anda.

3. Bijak Berkomunikasi

Anda dan pasangan seharusnya perlu mempunyai talian komunikasi yang kukuh. Apabila hubungan komunikasi anda berdua utuh, pasti tiada perkara-perkara negatif berlaku yang boleh menjejaskan hubungan rumahtangga anda.

4. Sentiasa Beri Galakkan

Memberi dorongan atau galakkan pada pasangan anda adalah perkara wajib. Ini kerana anda adalah sumber tenaga dan kekuatan bagi diri dia. Jika anda menyokong dia sudah pasti ini akan menjadikan dirinya semakin kuat.

5. Bersyukur

Hindarkan diri dari mempunyai sikap yang terlalu cerewet dan suka membebel mengenai sesuatu perkara yang remeh. Sentiasalah bersyukur dan anda berdua akan menjadi lebih baik dan dimurahkan rezeki yang melimpah-ruah oleh Allah SWT.

6. Melindungi Keluarga

Jangan sesekali berasa takut untuk melindungi keluarga jika berlaku sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Lakukan apa sahaja yang perlu demi untuk melindungi keluarga anda.

7. Fokus Menggembirakan Pasangan

Sentiasa memberikan fokus dan perhatian utama dalam menggembirakan pasangan anda. Lakukanlah selalu perkara-perkara yang boleh membahagiakan pasangan walaupun perkara tersebut kecil sahaja.

8. Bersikap Jujur Terhadap Pasangan

Jangan menipu pasangan anda. Anda hendaklah bersikap jujur dan selalu mempunyai peribadi yang suka berterus-terang jika anda sedang menghadapi sesuatu masalah.

9. Membuat Lawak atau Jenaka

Sudah tentu pasangan anda akan berasa gembira dan geli hati apabila anda pandai membuat jenaka yang mampu menghiburkan hatinya.

10. Menjadi Pendengar Yang Baik

Sentiasa bersedia untuk menjadi seorang pendengar yang baik terutamanya apabila pasangan anda sedang memperkatakan sesuatu.

Jom Baca Post Menarik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...