Tips Elak Rasa Bosan Di Ranjang

Sejajar dengan peningkatan usia sudah pasti rasa jemu dan bosan pasti wujud apatah lagi dalam kehidupan suami isteri. Wahai suami dan isteri! Hidup ini mesti ceria dan gembira. Barulah perhubungan dan ikatan rumahtangga akan menjadi semakin bahagia.

Jom kita lihat tips-tips bagaimana dapat membantu mengelakkan rasa bosan di ranjang tersebut seperti yang tertera di bawah ini :

1 – Ibadah
Tetapkan di dalam hati anda dari segi pemahaman dan ‘mind-setting’ bahawa matlamat utama hubungan kelamin antara suami dan isteri merupakan suatu ibadah jika dikerjakan akan mendapat pahala dari Allah SWT.

2 – Kamar/Bilik Tidur
Apa kata kali ini anda berdua melakukan sedikit perubahan keadaan di kamar tidur. Tampilkan sedikit kelainan pada lampu dan dinding bilik ke warna yang boleh membangkitkan suasana romantik. Bagi pasangan yang sukakan suasana yang lebih mengghairahkan, anda bolehlah menyalakan lilin-lilin aromaterapi sebelum memulakan hubungan seks.

3 – Pelajari Pelbagai Posisi Hubungan
Pasangan akan mudah berasa bosan bila mengadakan hubungan badan jika anda tidak mempelbagaikan teknik, gaya atau posisi seks. Belajar dan buatlah sedikit pembaharuan tentang teknik, gaya atau posisi seks tersebut agar pasangan anda akan berasa lebih seronok dan syok. Ini akan membuatkan dia ternanti-nanti untuk melakukan hubungan seks pada masa akan datang.

4 – Ubah Waktu Hubungan
Jika sebelum ini anda selalu mengadakan hubungan intim di waktu malam, apa kata kali ini anda berdua ubah ke waktu selepas menunaikan solat fardhu Subuh. Seronok bukan?

5 – Foreplay
Pesanan buat suami/lelaki, wanita memang agak lambat untuk mencapai klimaks pertamanya. Oleh itu, anda disarankan untuk mengadakan foreplay terlebih dahulu sekurang-kurangya 30 minit sebelum anda memulakan aksi. Wanita sebenarnya akan cepat bosan dan tertekan jika anda selalu ingin cepat sahaja!

6 – Oral
Rasa bosan di ranjang biasanya terjadi bila anda statik kepada 1 atau 2 posisi sahaja. Hubungan akan menjadi lebih nikmat dan sedap sekiranya anda berdua saling betukar-tukar melakukan oral.

4 Tanda Wanita Jatuh Cinta

Perubahan atau tanda yang ada pada wanita apabila dia jatuh cinta. WANITA, apabila jatuh cinta rasanya seperti pertama kali mengikuti kelas gym. Menyakitkan tapi banyak hal-hal luar biasa yang rasanya sukar untuk diungkapkan. Tak ramai yang memahami mengapa wanita sebegitu, kerana hanya segelintir mereka yang memahami. Cinta menjadi perasaan aneh yang membuat wanita boleh tersenyum sepanjang hari sehingga membuat mereka kelihatan seperti orang gila. Betul bukan? Berikut hal tentang cinta yang hanya dirasakan oleh wanita.

1. Tidak Memahami Kenapa Orang Lain Tidak Optimistik

Wanita yang sedang bercinta akan berfikir bahawa isi seluruh dunia ini mengagumkan, mereka menikmati hidup, dan segala keindahannya. Wanita hairan mengapa ada orang-orang yang tidak dapat menikmati hidup dan tidak menyedari sebenarnya mereka beruntung.

2. Cemas Bila Terpisah Dari Kekasih

Kecemasan wanita berlaku amat cepat ketika terpisah dari kekasih, walau mereka baru bertemu beberapa jam yang lalu. Wanita benar-benar rindu dan merasakan kehidupan tidak lengkap bila kekasih tiada disampingnya.

3. Berubah Memandang Kebahagiaan

Ketika masih bergelar seorang gadis, wanita suka pergi ‘melepak’ dengan kawan-kawannya. Mereka menghabiskan masa menjalankan hobi dan membeli-belah. Namun, setelah bertemu jodoh, wanita lebih suka menghabiskan masa di rumah menonton drama atau filem dengan pasangannya.

4. Asyik Menyebut Nama Kekasih

Bila wanita jatuh cinta, mereka akan bercakap tentang kekasihnya tanpa henti. Ini terjadi kerana lelaki selalu hadir di fikirannya. Malah, wanita selalu mewujudkan pertalian apa pun dengan lelaki tersebut.

Jika anda merasakan perasaan sebegini maka anda benar-benar telah jatuh cinta. Cinta itu ibarat sambal belacan. Walaupun pedas, tetap ditelan jua kerana kemanisan yang tersirat itu tidak dapat dirasakan oleh lidah tetapi hati sahaja yang dapat merasakan keenakannya

Cara Merangsang Wanita Melalui Rayuan Kata-Kata

Merangsang wanita untuk melakukan seks bukannya soal mudah. Ianya memerlukan lelaki menggunakan ayat yang sesuai dan romantis agar nafsu syahwatnya mudah datang. Merayu seorang wanita pun tidak semestinya dengan mengumpan barang-barang mewah, seikat bunga mawar atau makan malam yang romantis. Cara sederhana seperti rayuan yang dilontarkan melalui kata-kata ternyata juga mampu membuat wanita mudah tergoda, bahkan boleh terangsang untuk memikirkan seks. Cara dan bagaimana lelaki membisikkan kata-kata menggoda di telinga wanita juga memerlukan kaedah yang betul. Jika dibisikkan pada waktu yang tepat maka dengan mudahnya nanti pasangan anda tergoda dan merasa ghairah untuk melakukan adegan erotis.

Di bawah ini terdapat beberapa panduan atau rayuan yang dijamin dapat membantu lelaki untuk menggoda wanita merangsang memikirkan seks :

1 – “Basah”

Perlu kaedah khusus mengucapkan kata ini. Jika anda hanya membongkok dan membisikkan pada wanita lalu berkata “basah”, pasangan wanita anda mungkin tidak akan mengalami orgasme. Namun, jika anda melakukan hubungan mata yang kuat, menggoda dan kemudian sedikit melakukan aksi menitiskan air minuman sambil mengatakan kata-kata menggoda mungkin akan membuat fikirannya melayang dan membayangkan seks.

2 – “Keras”

Memang sudah terang lagi bersuluh, lelaki dan perempuan sudah pasti tahu apa maksud dari perkataan ini. Perkataan ini sering digunakan oleh para-para pelawak untuk mengibaratkan peningkatannya ereksi zakar seseorang lelaki. Namun, kebanyakan lelaki mungkin tidak tahu bahawa kata “keras” ini adalah cara paling cepat untuk membangkitkan nafsu wanita membayangkan fantasi seks.

3 – “Makan dan Mulut”

Semua hal yang mempunyai perkaitan dengan makanan dan mulut memang boleh menjadi suatu kata yang begitu sensual untuk didengar bagi pasangan lelaki mahupun wanita. Sebagai contohnya, ketika anda menjamu makanan, cuba katakan padanya “Saya ingin melihat anda memakannya’, atau katakan padanya “Saya ingin memasukkannya ke dalam mulutmu”.

4 – “Di dalam”

Ini mungkin rayuan yang paling mudah untuk dilontarkan. Setiap pasangan juga boleh mengungkapkan pada bila-bila masa dan di mana-mana pun saat sedang berdua. Jika anda pergi ke suatu tempat bersama-sama, mulailah berkata “Sayang, aku tidak sabar untuk masuk ke dalam, denganmu”, atau jika dia mengatakan sesuatu yang membuat anda bahagia, terus anda katakan padanya.

Mengatasi Ejakulasi Pramatang

Hubungan seksual ialah aktiviti fizikal yang dianggap lasak. Apabila terdapat kekurangan dari segi stamina, kekuatan fizikal, kurang tenaga, otot kurang mantap dan ereksi kurang daya, maka kegagalan akan berlaku.

Anda dapati bahawa ereksi anda kurang padat. Ini bermakna daya ereksi atau ‘gred’ ereksi anda kurang. Maka ia tidak dapat melakukan penembusan atau ereksi hanya tersimpan dan sentalan yang berlaku kepada penghujung zakar membuatkan anda hilang daya kawalan untuk mengelak pencapaian klimaks.

Ini membuatkan anda mengalami ejakulasi lebih awal daripada kehendak anda dan pasangan. Jadi apabila anda dapat mencapai ereksi yang cukup padat, iaitu ereksi Gred empat, maka anda akan mudah mengawal gerakan dan mengawal tindak balas geselan zakar ke mukosa corong faraj dan dapat memanjangkan permainan sehingga anda dan pasangan mengakhirinya.

Bagaimanapun, jika ereksi berada dalam gred terbabit dan anda masih mengalami ejakulasi awal, anda masih dapat mengekalkan ketegangan zakar serta masih boleh meneruskan hubungan seks untuk seketika sebelum ereksi itu menjadi lemah.

Jika ini kerap berlaku, mungkin anda boleh menggunakan jeli ‘bius’ atau jeli ‘anaesthetic’ untuk disapu pada penghujung zakar yang mudah nyilu itu (mencuci dengan air sebelum bersetubuh) supaya dapat mengurangkan rasa geli.

Krim yang dijual di luar sana tanpa pengesahan doktor sebenarnya bukan krim bius dan ia boleh merosakkan mukosa penghujung zakar dengan membuatkan mukosa itu menjadi radang.

Anda perlu berwaspada apabila anda menggunakan krim terbabit tanpa nasihat doktor. Jadi jika anda mengamalkan gaya hidup sihat, melakukan senaman berkala yang dapat membantu meningkatkan stamina dan kekuatan fizikal, tidak merokok, tidak minum minuman keras dan melakukan senaman Kegel atau senaman kemut untuk memantapkan otot lantai pelvis (otot benteng zakar), maka anda dapat meningkatkan daya kekuatan ereksi kepada gred keempat tadi.

Jika kebetulan anda mengalami masalah kesihatan yang menjejaskan pencapaian ereksi yang padat, anda mungkin perlu mendapatkan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis atau Zydena daripada doktor untuk meningkatkan daya ereksi.

Saya tidak syorkan anda memakan ‘ubat kuat’ yang sudah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan kerana memudaratkan kesihatan.

Pendek kata, tidak ada satu cara yang dapat membantu masalah anda. Walau bagaimana pun anda tidak harus berputus asa. Dapatkan rawatan daripada pakar terlebih dahulu dan amalkan gaya hidup sihat.

Rahsia Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu

Ramai perempuan ingat yang dia sudah benar-benar kenal dengan lelaki di sisi mereka. Sebenarnya, ada lagi di sebalik sifat lelaki yang tidak diketahui.

1. Mahu ‘awek’ cantik, tapi mahu isteri yang bersifat keibuan

Selalu kita dengar lelaki suka perempuan cantik. Pantang nampak perempuan dahi licin, mata tidak berkelip. Namun sebaliknya, perempuan cantik dan seksi itu bukan pilihan utama lelaki itu untuk dijadikan suri rumah. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik. Namun, mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang perempuan itu. Kadang-kadang, cantik dalaman itu lebih penting bagi mereka.

2. Tidak ‘call’ bukan bermakna tidak sayang

Lelaki tidak suka kalau ‘awek’ atau isteri asyik SMS atau ‘call’ dia. Kadang-kadang, bukannya lelaki tidak baca SMS atau tidak perasan ‘miss call’, mereka sengaja biarkan sahaja. Itu bukan bermakna mereka tidak peduli. Lelaki hanya mahukan ruang peribadi untuk diri sendiri. Lelaki akan cepat rasa rimas bila perempuan mahukan perhatian sepanjang masa.

3. Tanya soalan yang sama

“Tengah buat apa tu?”, “Dah makan ke?”. Nampak pelik kan? Tapi itu ialah merupakan soalan paling kerap ditanya lelaki ketika mereka menelefon seorang wanita. Masa bercinta boleh cakap lama-lama. Lepas beristeri, 30 saat pun sudah di kira lama.

4. Walau fokus tentang kerja, lelaki masih ingat kekasih atau isteri

Lelaki akan sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari. Namun percayalah, sebelum tidur pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. Jika telah beristeri sekalipun, walaupun baring di sebelah berkongsi bantal, lelaki akan memikirkan tentang insan tersayang.

5. Utamakan kekasih, isteri, anak-anak, lebih dari diri sendiri
Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua perbuatan dan sifat negatif yang ada pada wanita tersebut. Orang kata, bila hati sudah buta, semuanya dia percaya. Apabila berkeluarga, bapa atau suami akan mengutamakan yang lain. Diri sendiri tidak penting. Asalkan ‘family happy’, mereka pun ‘happy’.

6. ‘Cair’ atau ‘Malu’ dengan senyuman wanita

Tidak kira bila-bila wanita memberikan senyuman manis pada seorang lelaki, terutama sekali orang yang tidak dikenali, hati mereka akan menjadi tidak keruan. Ia mungkin adalah signal yang lain. Ia boleh jadi dua perkara, “Hensem sangat ke aku hari ni?” atau “Eh, aku tak zip seluar lagi ke hari ni?”.

7. Nombor telefon  perempuan, ‘save’ nama lelaki

Bagi lelaki curang, mereka cuba mengaburi mata dengan menipu pasangan dengan teknik ini. Sudah tentu pasangan tidak akan syak apa-apa bila ada nama lelaki. Namun, banyak kes yang sudah ‘kantoi’. Bak kata pepatah, “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”.

8. Jangan ingatkan kisah lampau

Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa tercabar.

9. Mempermainkan cinta

Seorang lelaki mampu mencintai wanita untuk jangka masa yang sekejap, kemudian terus melupakan perempuan yang dicintainya itu tanpa merasa apa-apa. Sebaliknya, perempuan sukar untuk jatuh hati. Jika sudah terbit rasa sayang, perempuan akan sayang lelaki itu sampai bila-bila. Pelik kan?

10. Kalau berani, masuk meminang!

Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. Lelaki yang hanya main-main tidak akan pergi sejauh ini. Mereka cuma ingin ambil kesempatan. Apabila lelaki telah menyuarakan niat murni ini, jangan tangguh-tangguh. Ini bermakna beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Petua Hidup Berumahtangga

Setiap pasangan yang berkahwin semestinya inginkan sebuah kehidupan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan. Namun tidak semua apa yang kita rancang atau mahukan akan tercapai, apa yang kita inginkan akan dapat dan sebaliknya. Begitulah juga dalam hubungan suami isteri kadang-kala pasti akan berlaku sedikit masalah atau perbalahan. Maka dengan itu, sikap toleransi dan persefahaman memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kerukunan rumahtangga dapat dipelihara dengan baik.

Hidup tanpa masalah bukanlah dinamakan kehidupan. Masalah itu peluang. Dengan masalah lah kita banyak mempelajari sesuatu yang baru agar kita dapat memperbaiki kehidupan dan dapat berubah ke arah yang lebih baik. Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh setiap pasangan misalnya ialah dari segi kewangan, komunikasi, cara berfikir, nilai dan sebagainya.

Di bawah ini ada beberapa tips yang boleh dikongsi dan diamalkan dalam membantu pasangan suami isteri mencapai kemanisan hidup berumahtangga.

1. Bercium Selalu
Amalkan akviti ini sewaktu masuk tidur, bangun tidur, pergi dan pulang dari berkerja. Suami cubalah cium dahi isteri manakala isteri pula mencium tangan si suaminya. Lakukan aktiviti ini seperti mana waktu anda mula-mula bercinta dahulu dengan pasangan anda. Dengan ciuman inilah akan terbit rasa sayang dan diri pasangan anda sentiasa dihargai.

2. Makan Malam atau Pergi Bercuti
Sekali-sekala dalam sebulan, cubalah anda rancang makan malam bersama di mana-mana hotel atau pun pergilah bercuti di tempat-tempat peranginan yang menarik agar anda dan pasangan dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri.

3. Cincin Perkahwinan
Bagi si isteri pula janganlah tidak atau jarang-jarang memakai cincin pertunangan atau perkahwinan hadiah pemberian dari suami. Pakailah cincin tersebut selalu pada setiap masa agar suami anda akan rasa dekat dan dihargai.

4. Perubahan Hidup
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi mental dan fizikal. Ketika tempoh ini mereka akan terikat dengan ibu bapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Mahu tidak mahu anda seharusnya menerima perubahan ini dengan hati yang positif.

5. Hormat-menghormati
Sifat hormat-menghormati seharusnya ada dalam diri setiap pasangan agar keharmonian rumahtangga yang dibina sentiasa aman dan bahagia. Jika ada perkara yang tidak disenangi bawalah berbincang secara berhemah dan janganlah pula kita menyakitkan hati pasangan.

6. Hadiah
Ingat tarikh-tarikh penting seperti hari ulangtahun perkahwinan, hari ulangtahun kelahiran pasangan anda dan sebagainya. Berikanlah hadiah atau pun paling tidak kad ucapan sebagai tanda ingatan dan sayangnya anda kepada pasangan. Melalui cara ini pasangan anda sudah tentu merasa dirinya disayangi dan diingati selalu.

7. Sentuhan Kasih Sayang
Jika anda tidak mampu meluahkan perasaan dengan perkataan, anda boleh meluahkannya dengan belaian dan sentuhan. Melalui sentuhan ini boleh menyatakan perasaan kasih dan sayangnya anda kepada pasangan.

8. Murah Dengan Senyuman
Pasangan yang bahagia ialah pasangan yang tidak lokek dalam mengukir senyuman. Berikanlah senyuman pada setiap hari dan setiap ketika agar apa jua yang melanda dalam kehidupan anda dengan mudah boleh menanganinya secara bersama walaupun dalam keadaan yang sedih.

9. Impian dan Cita-cita
Dalam mencapai kemanisan hidup bersama sudah pasti setiap pasangan mempunyai impian dan cita-cita yang masih belum tertunai. Apa salahnya anda ceritakan impian anda itu kepada pasangan agar ia dapat membantu anda merealisasikan secara bersama.

Jom Baca Post Menarik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...