Banana or Straight (tiada curvy)
Ciri ciri : Memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang dan bentuk tubuh yang lurus (kurus) bentuk tubuh begini sering kali kita lihat di dalam televisyen.
Untuk anda yang memiliki badan seperti ini, anda tergolong dalam golongan yang dicemburui kerana senang untuk memiliki baju. Pelbagai jenis kain dan warna serta corak kebanyakkannya 'kena' dengan anda. Cuma perlu bijak memilih rekaan sahaja.
Pear (segi tiga)
Ciri ciri : memiliki bahagian atas/dada yang kecil dan pinggang yang ramping tetapi bahagian bawah atau punggung dan peha yang besar. Dilihat seperti ciri fizikal buah pear sendiri. Bentuk besar di bahagian bawah.
Untuk anda yang memiliki badan seperti ini, anda dinasihatkan untuk meminimumkan corak pada bahagian pinggul ke bawah. Cuba gunakan warna gelap atau tanah untuk effect kecil.
Apple atau Pizza (inverted triangle)
Ciri ciri : memiliki kaki dan pinggul yang kecil dan langsing. Ini adalah bentuk tubuh yang kedua hangat menjadi pilihan gadis dan wanita. Bahu lebih bidang dan luas daripada pinggul. Dan fizikal kaki yang kurus. Dengan bentuk tubuh ini, dilihat lemak tertumpu pada bahagian atas tubuh
Untuk anda yang memiliki tubuh seperti ini, anda dinasihatkan untuk mengurangkan corak seperti menggunakan lengan puff, dan rambu ramba di bahagian bahu dan kolar. Kerana ini akan menampakkan anda besar. Cuba gunakan bentuk kolar v seelokknya untuk busana anda. Untuk fabric, cari dari material lembut dan untuk kain, cuba lurut panjang longgar. Elakkan skirt ketat untuk tampak effect tinggi dan langsing
Hourglass
Ciri ciri : bentuk tubuh idaman semua gadis dan wanita di luar sana. Bentuk yang langsing dan mempunyai pakej bentuk yang sempurna.
Untuk anda yang memiliki tubuh sebegini, kredit untuk anda kerana tidak perlu bergaya lebih kerana semua jenis akan tampak cantik di tubuh anda. Untuk effect tinggi dan lebih langsing, gunakan kasut tinggi. Pemilihan fabric, anda tidak mempunyai masalah. Kerana dengan bentuk tubuh sebegini, anda pastinya tampak cantik.
Jangan bimbang, setiap bentuk tubuh mempunyai kelebihan tersendiri. Anda akan tampak cantik berseri.