Rahsia Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu

Ramai perempuan ingat yang dia sudah benar-benar kenal dengan lelaki di sisi mereka. Sebenarnya, ada lagi di sebalik sifat lelaki yang tidak diketahui.

1. Mahu ‘awek’ cantik, tapi mahu isteri yang bersifat keibuan

Selalu kita dengar lelaki suka perempuan cantik. Pantang nampak perempuan dahi licin, mata tidak berkelip. Namun sebaliknya, perempuan cantik dan seksi itu bukan pilihan utama lelaki itu untuk dijadikan suri rumah. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik. Namun, mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang perempuan itu. Kadang-kadang, cantik dalaman itu lebih penting bagi mereka.

2. Tidak ‘call’ bukan bermakna tidak sayang

Lelaki tidak suka kalau ‘awek’ atau isteri asyik SMS atau ‘call’ dia. Kadang-kadang, bukannya lelaki tidak baca SMS atau tidak perasan ‘miss call’, mereka sengaja biarkan sahaja. Itu bukan bermakna mereka tidak peduli. Lelaki hanya mahukan ruang peribadi untuk diri sendiri. Lelaki akan cepat rasa rimas bila perempuan mahukan perhatian sepanjang masa.

3. Tanya soalan yang sama

“Tengah buat apa tu?”, “Dah makan ke?”. Nampak pelik kan? Tapi itu ialah merupakan soalan paling kerap ditanya lelaki ketika mereka menelefon seorang wanita. Masa bercinta boleh cakap lama-lama. Lepas beristeri, 30 saat pun sudah di kira lama.

4. Walau fokus tentang kerja, lelaki masih ingat kekasih atau isteri

Lelaki akan sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari. Namun percayalah, sebelum tidur pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. Jika telah beristeri sekalipun, walaupun baring di sebelah berkongsi bantal, lelaki akan memikirkan tentang insan tersayang.

5. Utamakan kekasih, isteri, anak-anak, lebih dari diri sendiri
Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua perbuatan dan sifat negatif yang ada pada wanita tersebut. Orang kata, bila hati sudah buta, semuanya dia percaya. Apabila berkeluarga, bapa atau suami akan mengutamakan yang lain. Diri sendiri tidak penting. Asalkan ‘family happy’, mereka pun ‘happy’.

6. ‘Cair’ atau ‘Malu’ dengan senyuman wanita

Tidak kira bila-bila wanita memberikan senyuman manis pada seorang lelaki, terutama sekali orang yang tidak dikenali, hati mereka akan menjadi tidak keruan. Ia mungkin adalah signal yang lain. Ia boleh jadi dua perkara, “Hensem sangat ke aku hari ni?” atau “Eh, aku tak zip seluar lagi ke hari ni?”.

7. Nombor telefon  perempuan, ‘save’ nama lelaki

Bagi lelaki curang, mereka cuba mengaburi mata dengan menipu pasangan dengan teknik ini. Sudah tentu pasangan tidak akan syak apa-apa bila ada nama lelaki. Namun, banyak kes yang sudah ‘kantoi’. Bak kata pepatah, “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”.

8. Jangan ingatkan kisah lampau

Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa tercabar.

9. Mempermainkan cinta

Seorang lelaki mampu mencintai wanita untuk jangka masa yang sekejap, kemudian terus melupakan perempuan yang dicintainya itu tanpa merasa apa-apa. Sebaliknya, perempuan sukar untuk jatuh hati. Jika sudah terbit rasa sayang, perempuan akan sayang lelaki itu sampai bila-bila. Pelik kan?

10. Kalau berani, masuk meminang!

Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. Lelaki yang hanya main-main tidak akan pergi sejauh ini. Mereka cuma ingin ambil kesempatan. Apabila lelaki telah menyuarakan niat murni ini, jangan tangguh-tangguh. Ini bermakna beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Petua Hidup Berumahtangga

Setiap pasangan yang berkahwin semestinya inginkan sebuah kehidupan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan. Namun tidak semua apa yang kita rancang atau mahukan akan tercapai, apa yang kita inginkan akan dapat dan sebaliknya. Begitulah juga dalam hubungan suami isteri kadang-kala pasti akan berlaku sedikit masalah atau perbalahan. Maka dengan itu, sikap toleransi dan persefahaman memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kerukunan rumahtangga dapat dipelihara dengan baik.

Hidup tanpa masalah bukanlah dinamakan kehidupan. Masalah itu peluang. Dengan masalah lah kita banyak mempelajari sesuatu yang baru agar kita dapat memperbaiki kehidupan dan dapat berubah ke arah yang lebih baik. Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh setiap pasangan misalnya ialah dari segi kewangan, komunikasi, cara berfikir, nilai dan sebagainya.

Di bawah ini ada beberapa tips yang boleh dikongsi dan diamalkan dalam membantu pasangan suami isteri mencapai kemanisan hidup berumahtangga.

1. Bercium Selalu
Amalkan akviti ini sewaktu masuk tidur, bangun tidur, pergi dan pulang dari berkerja. Suami cubalah cium dahi isteri manakala isteri pula mencium tangan si suaminya. Lakukan aktiviti ini seperti mana waktu anda mula-mula bercinta dahulu dengan pasangan anda. Dengan ciuman inilah akan terbit rasa sayang dan diri pasangan anda sentiasa dihargai.

2. Makan Malam atau Pergi Bercuti
Sekali-sekala dalam sebulan, cubalah anda rancang makan malam bersama di mana-mana hotel atau pun pergilah bercuti di tempat-tempat peranginan yang menarik agar anda dan pasangan dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri.

3. Cincin Perkahwinan
Bagi si isteri pula janganlah tidak atau jarang-jarang memakai cincin pertunangan atau perkahwinan hadiah pemberian dari suami. Pakailah cincin tersebut selalu pada setiap masa agar suami anda akan rasa dekat dan dihargai.

4. Perubahan Hidup
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi mental dan fizikal. Ketika tempoh ini mereka akan terikat dengan ibu bapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Mahu tidak mahu anda seharusnya menerima perubahan ini dengan hati yang positif.

5. Hormat-menghormati
Sifat hormat-menghormati seharusnya ada dalam diri setiap pasangan agar keharmonian rumahtangga yang dibina sentiasa aman dan bahagia. Jika ada perkara yang tidak disenangi bawalah berbincang secara berhemah dan janganlah pula kita menyakitkan hati pasangan.

6. Hadiah
Ingat tarikh-tarikh penting seperti hari ulangtahun perkahwinan, hari ulangtahun kelahiran pasangan anda dan sebagainya. Berikanlah hadiah atau pun paling tidak kad ucapan sebagai tanda ingatan dan sayangnya anda kepada pasangan. Melalui cara ini pasangan anda sudah tentu merasa dirinya disayangi dan diingati selalu.

7. Sentuhan Kasih Sayang
Jika anda tidak mampu meluahkan perasaan dengan perkataan, anda boleh meluahkannya dengan belaian dan sentuhan. Melalui sentuhan ini boleh menyatakan perasaan kasih dan sayangnya anda kepada pasangan.

8. Murah Dengan Senyuman
Pasangan yang bahagia ialah pasangan yang tidak lokek dalam mengukir senyuman. Berikanlah senyuman pada setiap hari dan setiap ketika agar apa jua yang melanda dalam kehidupan anda dengan mudah boleh menanganinya secara bersama walaupun dalam keadaan yang sedih.

9. Impian dan Cita-cita
Dalam mencapai kemanisan hidup bersama sudah pasti setiap pasangan mempunyai impian dan cita-cita yang masih belum tertunai. Apa salahnya anda ceritakan impian anda itu kepada pasangan agar ia dapat membantu anda merealisasikan secara bersama.

8 Fakta Mengenai Sperma

Sperma atau spermatozoa berasal dari bahasa Yunani kuno yang bermaksud benih. Ia terdiri daripada sel sistem reproduksi lelaki. Sel-sel ini akan menjadi ovum untuk membentuk zigot. Zigot adalah sebuah sel dengan kromosom lengkap yang akan berkembang menjadi embrio. Sel di dalam badan manusia ini adalah sel sistem reproduksi utama dari lelaki. Sel ini memiliki 2 jenis kelamin lelaki atau perempuan.

Fakta mengenai sperma :

1. Kesihatan Lelaki Pengaruh Kualiti Sperma.
Jika ingin diteliti dari sudut kesuburan untuk mendapatkan cahaya mata, jangan hanya menuding jari kepada wanita mengenai hal itu. Lelaki di bawah usia 40 tahun menghasilkan sperma yang lebih berkualiti daripada mereka yang lanjut usia. Dan ia akan jadi lebih sihat jika kaum lelaki tidak merokok, tidak makan sajian terlampau berlemak dan menitikberatkan perihal toksik dalam badan.

2. Sperma Melalui Perjalanan Yang Jauh.
Penghasilan dan perjalanan yang dilalui sperma sebelum ejakulasi adalah sangat panjang. Sperma terhasil di testikel dan kemudian naik ke epididimis, iaitu tiub berlingkar di belakang testis yang menjadi tempat laluan, simpanan dan pematangan sperma. Kemudian meneruskan perjalanannya untuk percampuran cecair dan sperma yang menjadikannya air mani. Akhir sekali, sedikit lendir ‘ditambah’ di kelenjar prostat ketika ejakulasi yang memudahkan pancutan air mani.

3. Alahan Pada Sperma.
Ada orang mengatakan segelintir wanita alergi atau alahan pada air mani atau sperma lelaki yang mengakibatkan radang dan kemerahan alat sulit wanita. Itu adalah perkara yang mustahil. Mungkin ia berkaitan dengan jangkitan kuman di vagina. Apa yang pasti, kes alahan terhadap sperma adalah hal yang pelik dan jarang berlaku. Jika pun anda terbukti didiagnosis alah kepada sperma, penggunaan kondom boleh membantu.

4. Suhu Boleh Mempengaruhi Jumlah Sperma.
Menurut kajian yang dilakukan ke atas sekumpulan lelaki di Amerika Syarikat, sperma yang terhasil pada musim panas adalah lebih sikit daripada musim sejuk. Ini membuktikan suhu memainkan peranan penting dalam kualiti serta jumlah sperma yang terhasil. Hubungan intim atau sekadar berehat dalam tab mandi panas atau jakuzi yang bersuhu 104 darjah Celcius boleh menyebabkan jumlah sperma turun mendadak. Jika anda dan pasangan sedang dalam usaha mendapatkan cahaya mata, elak berendam di dalam air panas.

5. Sperma Lelaki Atau Perempuan Terhasil Sama Rata.
Ada mitos mengatakan sperma lelaki ‘berenang’ lebih laju dan ada daya tahan lebih kuat berbanding sperma perempuan. Yang pastinya, penghasilan kromosom X dan Y adalah sama jumlah dan kekuatannya.

6. Ia Laju Dan Kuat.
Sebaik lelaki mengalami ejakulasi, ia menyebabkan penghasilan yang banyak dan bergerak ke luar dengan laju.

7. Kerap Seks Dan Onani Tidak Mengurangkan Jumlah Sperma.
Badan lelaki sememangnya dicipta untuk menghasilkan sperma secara semula jadi, seperti wanita dengan darah haidnya. Apabila lelaki kerap ejakulasi, kemungkinan untuk jumlah terhasil kurang itu ada, namun jika jumlah yang terhasil normal dan konsisten, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.

8. Bertahan Lebih Lama Daripada Apa Yang Anda Fikirkan.
Kebiasaannya, ia boleh hidup di dalam badan (selepas hubungan kelamin dan ejakulasi sempurna) selama 48 jam. Namun, ia juga mampu untuk hidup lebih lama dari itu, ada kalanya sehingga 5 atau 7 hari. Ia bergantung kepada keberadaan mukus yang dihasilkan serviks. Mukus atau lendir itu melindunginya dan membantu ia hidup di dalam badan dengan kadar yang lama sepanjang tempoh pengovuman, iaitu ketika waktu anda subur.

Tips Puaskan Isteri Hingga Klimaks

Tujuan utama seks bagi suami selain dapat memuaskan nafsu sendiri ialah untuk puaskan nafsu isteri mereka. Oleh itu bagi membantu suami untuk mencapai matlamatnya, di bawah ini terdapat beberapa tips untuk puaskan isteri hingga klimaks. Semoga ianya dapat mempertingkatkan lagi kemahiran dan teknik seks anda semasa mengadakan hubungan intim di ranjang.

1 – Rangsang nafsu atau imaginasi seks isteri
Suami hendaklah terlebih dahulu merangsang dan membangkitkan keberahian isteri sebelum memulakan hubungan seks. Secara perlahan-lahan resapi mindanya dengan imaginasi seks yang tinggi, maka peluang untuk anda melihat kejayaan isteri terangsang, bernafsu dan klimaks boleh tercapai.

2 – Singkir stres atau tekanan
Klimaks isteri hanya boleh terjadi dengan mudah sekiranya dia tidak terbawa-bawa dengan sebarang masalah, stres atau pun tekanan. Jadi, adalah lebih baik sebelum anda memulakan aktiviti seksual buang dan singkir segala tekanan yang dihadapinya kerana kunci kejayaan untuk puaskan isteri ialah ‘ketenangan hati’.

3 – Mengolok-olok Isteri
Salah satu cara terbaik bagi mempercepatkan isteri anda mengalami inzal dalam persetubuhan ialah dengan mengacah-acahnya dengan sentuhan seksual. Sebagai contoh, anda mengusap-usap dan meraba-raba di bahagian celah kelengkang isteri tetapi tidak menyentuh (hanya menghampiri) tepat di klitoris. Tindakan seperti ini boleh menimbulkan geram dan dapat meningkatkan nafsu syahwat seks isteri anda dengan lebih berkesan.

4 – Rangsangan seksual
Teruskan rangsangan seksual dengan menggodanya kerana wanita jiwa wanita mudah tersentuh apabila anda memberikan ciuman, pelukan dan kasih sayang.

5 – Melakukan ‘foreplay’
Ingatan penting buat suami yang ingin isteri cepat klimaks supaya tidak secara terus menyerang makam wanita (vagina). Berikanlah dia foreplay yang terhebat agar nafsu syahwatnya membuak-buak naik sehingga anda dapat merasakan air mazinya mula keluar.

6 – Komunikasi mata
Apabila anda ingin melakukan tujahan dan henjutan zakar ke dalam vaginanya. Pastikan kedua-dua belah mata anda memandang tepat mata dan wajah isteri dengan kasih sayang supaya dia mudah terangsang dan nafsu syahwatnya meningkat naik.

7 – Main dengan klitoris
Bahagian tubuh wanita yang paling sensitif apabila menerima rangsangan seks ialah di klitorisnya. Letakkan 1 atau 2 jari anda dengan mengosok-gosok dan mengusap-usap sambil diselangi tekanan perlahan dan kuat.

8 – Teruskan memberi rangsangan
Jika semua tips di atas telah anda ikuti, maka teruskanlah memberi sentuhan dan rangsangan sehingga dia memperolehi klimaks yang terhebat. Jangan sesekali anda memberhentikan rangsangan kerana ianya boleh membantutkan perjalanan nafsu isteri anda.

Hukum Suami Mengusap Faraj Isteri Semasa Haid Tanpa Bersetubuh

Soalan :
Assalamualaikum Ustaz.
Saya ingin bertanya apakah hukumnya jika semasa masih dalam haid, suami saya menggauli saya antara pusat dan lutut (membelai dan menggosok punggung dan faraj saya). Kadang-kafang saya juga mencapai klimaks begitu juga suami saya. Namun kami tidak sampai melakukan persetubuhan sewaktu haid. Harap jawapan segera daripada ustaz. Sekian, terima kasih.

Jawapan :
Waalaikumusalam,
Rasulullah saw melarang daripada melakukan aktiviti antara pusat dan lutut ketika isteri baginda haid.Tetapi aktiviti lain diharuskan seperti kucupan,berpelukan,  berpegangan dan seumpamanya.Ini kerana semasa haid,dibimbangi akan berlaku keradangan pada alat kelamin wanita serta ditakuti akan berlaku jangkitan virus.Justeru agama melarang kerana  ada hikmat yang  tersirat daripada  yang tersurat.


Panel nasihatkan jika anda telah lakukan perkara tersebut  atas kejahilan pohon bertaubat dengan kadar segera.Mohon ampun pada Allah ini kerana ada hikmah Allah jadikan perempuan itu mempunyai haid untuk membuktikan mereka itu subur.Justeru datangilah mereka setelah mereka suci iaitu selepas habis haid dan mereka mandi  wajib.Wallahu a'lam


Sumber JAKIM

Cara Melakukan Hubungan Intim Semasa Hamil

Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan pelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami pelahiran pramatang. 
 
TIDAK MERBAHAYAKAN BABY KE SEMASA LAKUKAN SEKS?
Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Sak amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan. 

Hubungan seks tidak membahayakan kandungan isteri kerana adanya selaput, lendiran dari serviks ibu (mulut rahim) yang membantu melawan kuman atau infeksi berbahaya yang akan memasuki kawasan pintu rahim. Secara semulajadi, Tuhan telah menciptakan suatu perlindungan kepada kandungan isteri yang hamil. Bayi yang berada dalam kandungan dilindungi dengan perut yang kuat, bayi berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim bagi melindunginya semasa proses kehamilan. 


POSISI YANG SELAMAT DAN SELESA
Bila kehamilan berterusan, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi, tip-tip dan Cara Bersetubuh Semasa Hamil yang telah tahan zaman.


Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik semakin perut anda membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian besar beratnya dari uterus anda.
Cara Bersetubuh Semasa Hamil 

Posisi duduk ialah yang kedua dan kedudukan hubungan seks ini adalah lebih popular di kalangan ibu mengandung iaitu ketika berada dipertengahan kehamilan. Hal ini kerana dia tidak perlu melakukan banyak gerakan. Suami akan berada pada bahagian bawah, iaitu duduk dan kemudian isteri pula duduk diatasnya dalam keadaan saling bertentangan atau berdepan. Bila situasi kandungan semakin sarat, kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah juga posisi yang terbaik.
Cara Bersetubuh Semasa Hamil 

Posisi baring sebelah adalah di mana suami berada di atas tetapi mengekalkan baringan dalam separuh badan.
Cara Bersetubuh Semasa Hamil 

Posisi isteri di atas ini adalah yang paling ideal dan selesa buat isteri di mana isteri akan berada di posisi atas kerana dia akan dapat mengawal kedalaman penetrasi.
Cara Bersetubuh Semasa Hamil 


Oleh itu, jika anda berasa was-was untuk melakukan hubungan seks semasa proses kehamilan, jangan anda segan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan pandangan serta nasihat dari mereka tentang Cara Bersetubuh Semasa Hamil.

Jom Baca Post Menarik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...