Hubungan Jarak Jauh Bukan Mudah, Ini Tips Untuk Menjaganya


Ramai di antara masyarakat sekarang lebih memilih cinta jarak jauh iaitu dengan cara mengenali pasangan melalui media sosial. Tapi benarkah khabar yang mengatakan bahawa cinta jarak jauh ini menyukarkan dan tidak berkesan untuk sesebuah perhubungan?.

Percintaan jarak jauh yang kerap kita dengar selalu berakhir dengan pergaduhan kerana tiada lagi persefahaman atau kerana jarak terlalu jauh. Apalah gunanya berpasangan tapi si dia jauh di mata.

Tips perkongsian ini harap dapat membantu dan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang melalui percintaan jarak jauh.

Memberi Kepercayaan Kepada Pasangan Anda.

Kepercayaan dalam sebuah perhubungan sangatlah penting. Di sebabkan oleh perhubungan jarak jauh, faktor kepercayaan dan memahami antara satu sama lain menjadi perkara utama dalam setiap percintaan. Jika rasa percaya pada pasangan sudah hilang, maka sebuah perhubungan yang dibina akan musnah.


Sentiasa Berlaku Jujur dan Menjadi Pasangan Yang Setia.

Bila anda dalam sebuah perhubungan jarak jauh, jangan jadikan ia sebagai ruang untuk anda bebas bergaul dan bermain hati bersama orang lain.

Terdapat banyak hubungan yang terputus disebabkan oleh sikap tidak jujur antara pasangan. Mereka mula menaruh hati kepada sesorang yang mampu memberikan perhatian dan masa lebih yang akhirnya membuatkan perasaan cinta mereka pada pasangan semakin pudar.

Ada juga yang sengaja menjalinkan hubungan baru secara rahsia kerana mula berasa bosan dengan hubungan yang sedia ada dan menjadikan ia sebagai alasan "Alaa bukannya dia tau pun, sekadar suka-suka je". Hal ini yang menjadi punca utama pergaduhan yang akhirnya menyebabkan si dia meninggalkan anda. Siapa sahaja yang boleh terima bila rasa dikhianati. Usah bermain cinta dengan orang lain di belakang pasangan.


Banyakkan Berdoa Kepada Tuhan Agar Hubungan Kekal Bahagia

Jadikan sebagai rutin selepas menunaikan solat untuk berdoa kepada Tuhan agar hati si dia sentiasa terjaga untuk mencintai anda dan hubungan akan kekal bahagia. Jika dia adalah jodoh anda, maka tuhan akan perkenankan doa anda tersebut.


Sentiasa Berhubung dan Elakkan Berdiam Diri Untuk Tempoh Yang Lama

Komunikasi merupakan suatu hal yang penting dalam sebuah perhubungan. Jika kerap berlaku salah faham yang berakhir dengan pergaduhan juga boleh merosakkan sesebuah perhubungan

Terdapat pelbagai aplikasi di smart phone yang boleh jadikan sebagai alat komunikasi antara pasangan. Cukup sekadar 5 minit masa yang diperuntuk untuk menghubungi dan bertanyakan khabar si dia. Ini akan mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan dan menjadi pengubat rindu di hati walaupun hidup berjauhan.

Nak kan lebih romantis?, sekali sekala anda boleh menggunakan cara lama iaitu dengan cara mengutus surat. Walaupun nampak agak old school, tapi percayalah ianya menarik untuk dilakukan dan pastinya membuat si dia rasa istimewa dan lebih dihargai.


Ketepikan Ego Untuk Meluahkan Rasa Cinta

Kebanyakan perhubungan akan hilang seri selepas tempoh 6 bulan ke atas. Antara puncanya adalah kerana masing-masing mula ego atau malu untuk meluahkan perasaan sayang bila berdepan dengan pasangan. Anda boleh jadikan masa berjauhan untuk meluahkan perasaan cinta anda kepadanya.

Jika tiada idea bagi memulakan topik, anda ingatkan si dia kembali tentang moment masa mula-mula perkenalan dahulu berkenaan perkara lucu yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk ketawa dan kenang bersama.

Walaupun ada yang merasakan bahawa meluah perasaan ini merupakan hal yang remeh, hakikatnya ia memberi impak besar dalam perhubungan. Lagi-lagi jika pasangan anda seorang yang sentimental


Berikan Hadiah Istimewa Untuk Tarikh Penting

Bagi mengelakkan hubungan berasa bosan. Anda boleh sahaja buat kejutan seperti berikan hadiah atau bungkusan coklat pada hari istimewa kepadanya. Jadikan ia sebagai elemen surprise yang akan membuatkan perasaan cinta anda bersama pasangan semakin mekar.

Kadang masing-masing busy dan fokus tertumpu kepada hal kerja dan keluarga, bila sesekali terima hadiah istimewa dari pasangan pasti akan membuat mereka bahagia. Orang kata 'Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati'.


Elakkan Sikap Kongkong Hidup Pasangan

Ada sesetengah pasangan di luar sana terutama mereka yang melalui perhubungan jarak jauh terlalu mengawal setiap gerak geri pasangan sehingga sukar untuk pasangannya melakukan aktiviti seharian. Janganlah anda terlalu kongkong pasangan anda, hal ini akan menyebabkan pasangan anda berasa rimas dan terasa seperti tidak dipercayai.

Sayang bukan bermakna anda perlu mengongkong setiap rutin hariannya.


Perasaan Cemburu Buta Hanya Memusnahkan Sesebuah Hubungan.

Ramai yang banyak salah faham dalam bab ini. Mereka menganggap apabila sayang mesti kena cemburu, dan perasaan cemburu perlu dizahirkan dengan marah dan menuduh pasangan dengan hal yang belum tentu kebenarannya. Ada ketika akan tersebar khabar angin mengatakan hal yang buruk berkenaan pasangan. Jangan mudah untuk percaya sebelum anda sendiri selidik dan berbincang dengan si dia. Mungkin saja ada pihak ketiga yang sengaja cuba untuk mengadakan cerita atau merosakkan hubungan yang dibina.

Oleh itu, berbincanglah terlebih dahulu jika berlaku salah faham dan elak menggunakan kekerasan atau mengeluarkan kata-kata kesat yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.


Jom Baca Post Menarik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...