Cara Menggoda Suami Di Rumah


Jika anda sebagai isteri masih tercari-cari cara menggoda suami yang mudah, tetapi amat berkesan, baca tips yang saya tulis ni dan amalkan sekarang juga!

Jika anda mahu tingkatkan rasa sayang suami terhadap diri anda, anda perlu pandai menggoda dia. Isteri penggoda yang baik adalah sentiasa berjaya menarik perhatian suami secara seksual sehinggakan suami tidak memandang orang lain melainkan isterinya sahaja.

Berikut adalah tiga cara untuk menggoda suami

Cara pertama : Sentiasa berikan sebab untuk suami terpikat secara seksual dengan anda.

Jika ada masa terluang atau kesempatan, anda peluk dan cium suami anda. Layani dia dengan penuh kasih sayang. Walau setinggi mana ego suami anda, apabila anda layan dia dengan baik, dia pasti cair dengan anda. Tambahan lagi, anda sentiasa berikan dia kasih sayang seperti ciuman, sentuhan dan pelukan. Apabila anda selalu melayan suami anda dengan kasih sayang, dia akan sentiasa ingat pada anda dan sentiasa ingin meniduri anda.


Cara kedua : Jadi apa yang suami anda inginkan.

Suami anda pasti ada sebab kenapa dia suka dan tergoda pada diri anda. Anda siasat sendiri atau anda tanyalah dia secara terus. Melalui maklumat yang anda peroleh ini, anda tajamkan lagi aset yang anda ada atau anda kembangkan fantasi suami anda. Ada suami yang tergoda apabila melihat bulu di tangan isterinya. Jadi, isteri tersebut perlulah sentiasa memakai pakaian lengan pendek di rumah supaya suami anda sentiasa tergoda pada dirinya.


Cara ketiga : Rajinkan diri.

Suami selalu tidak tergoda pada isteri yang malas. Apabila dia lihat isterinya rajin, dia akan lebih terpikat kerana dia rasa bertanggungjawab untuk melindungi asetnya yang paling bernilai dalam hidupnya. Suami akan lebih terangsang pada seorang isteri yang rajin berbanding jika sikap isterinya pemalas.

Jom Baca Post Menarik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...