Ini lagi satu persoalan seks yang sering membelenggu wanita termasuklah mereka yang baru melahirkan. Kebanyakan mereka mengadu bahawa nafsu seks mereka semakin dingin. Malah ada yang sanggup menolak ajakan seks suami kerana tidak lagi bernafsu. Masalah ini kerap dialami bukan saja buat wanita yang melahirkan tapi juga mereka yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Proses melahirkan sudah tentu membawa perubahan buat wanita. Bukan saja bentuk badan yang berubah tapi juga prestasi seks. Ada yang mengatakan prestasi seks wanita yang baru melahirkan tidak akan sehebat sebelumnya. Benarkan begini?
Antara punca-punca lain isteri dingin seks selepas bersalin:
(1) Luka bersalin masih belum sembuh sepenuhnya
Jahitan memerlukan masa untuk sembuh seperti biasa sekurang-kurangnya selama dua minggu. Doktor pakar berpendapat bahawa hubungan seks boleh dilakukan seperti sedia kala sebaik sahaja kesan luka ketika bersalin telah sembuh dan kedua-duanya menginginkan hubungan seks.
Tetapi ada kalangan wanita berasa sakit terutama di bahagian faraj ketika hubungan seks mula dilakukan kembali. Hal ini menyebabkan hubungan seks terganggu. Dalam islam, anda boleh melayan suami anda selepas habisnya darah nifas
(2) Masalah Hormon
Penurunan paras hormon berlaku terutama kekurangan estrogen, menyebabkan kekurangan rembesan daripada faraj. Estrogen boleh meningkatkan ghairah seksual wanita. Estrogen adalah hormon seks yang menghasilkan telur atau ovum wanita yang berfungsi meransang pertumbuhan seks seorang gadis. Ekoran dari itu, kelembapan faraj berkurangan (kekeringan vagina) dan hubungan seks dalam keadaan kurang selesa.
(3) Kurang Ransangan
Rangsangan yang tidak mencukupi - kurang pengetahuan mengenai rangsangan seksual dan tindak balas boleh menghalang wanita daripada mencapai satu pengalaman yang memuaskan
(4) Emosi yang tak stabil
Perasaan takut , bimbang bila menjalani hubungan seks juga menjejaskan mood untuk bersama dan mungkin juga isteri anda Keletihan, sakit dan kurang bernafsu membuatkan wanita kurang bersemangat untuk melakukan hubungan seks
(5) Kurang keyakinan pada diri sendiri
Memang benar, akan ada sedikit perbezaan terhadap prestasi seks selepas seseorang wanita itu bersalin. Perbezaan paling ketara adalah vagina tidak akan ‘seketat’ dulu. Vagina akan sedikit longgar akibat proses melahirkan anak. Hanya suami yang akan merasai perbezaan ini.
Semasa tempoh ini, pasangan tersebut perlu berbual-bual dan memberi tahu tentang perasaan dan keperluan masing-masing iaitu berkomunikasi dengan cara yang cukup lembut.
Jika anda betul-betul sayangkan pasangan anda,wajib cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.
Malah, ramai di kalangan suami mula memainkan peranan terutama dalam menjaga anak. Kehadiran cahaya mata tidak harus mengabaikan hubungan seks. Sebaliknya, anda perlu mengeratkan lagi hubungan seperti di awal berumah tangga dulu.