Hukum Suami Mengusap Faraj Isteri Semasa Haid Tanpa Bersetubuh

Soalan :
Assalamualaikum Ustaz.
Saya ingin bertanya apakah hukumnya jika semasa masih dalam haid, suami saya menggauli saya antara pusat dan lutut (membelai dan menggosok punggung dan faraj saya). Kadang-kafang saya juga mencapai klimaks begitu juga suami saya. Namun kami tidak sampai melakukan persetubuhan sewaktu haid. Harap jawapan segera daripada ustaz. Sekian, terima kasih.

Jawapan :
Waalaikumusalam,
Rasulullah saw melarang daripada melakukan aktiviti antara pusat dan lutut ketika isteri baginda haid.Tetapi aktiviti lain diharuskan seperti kucupan,berpelukan,  berpegangan dan seumpamanya.Ini kerana semasa haid,dibimbangi akan berlaku keradangan pada alat kelamin wanita serta ditakuti akan berlaku jangkitan virus.Justeru agama melarang kerana  ada hikmat yang  tersirat daripada  yang tersurat.


Panel nasihatkan jika anda telah lakukan perkara tersebut  atas kejahilan pohon bertaubat dengan kadar segera.Mohon ampun pada Allah ini kerana ada hikmah Allah jadikan perempuan itu mempunyai haid untuk membuktikan mereka itu subur.Justeru datangilah mereka setelah mereka suci iaitu selepas habis haid dan mereka mandi  wajib.Wallahu a'lam


Sumber JAKIM

Cara Melakukan Hubungan Intim Semasa Hamil

Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan pelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami pelahiran pramatang. 
 
TIDAK MERBAHAYAKAN BABY KE SEMASA LAKUKAN SEKS?
Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Sak amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan. 

Hubungan seks tidak membahayakan kandungan isteri kerana adanya selaput, lendiran dari serviks ibu (mulut rahim) yang membantu melawan kuman atau infeksi berbahaya yang akan memasuki kawasan pintu rahim. Secara semulajadi, Tuhan telah menciptakan suatu perlindungan kepada kandungan isteri yang hamil. Bayi yang berada dalam kandungan dilindungi dengan perut yang kuat, bayi berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim bagi melindunginya semasa proses kehamilan. 


POSISI YANG SELAMAT DAN SELESA
Bila kehamilan berterusan, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi, tip-tip dan Cara Bersetubuh Semasa Hamil yang telah tahan zaman.


Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik semakin perut anda membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian besar beratnya dari uterus anda.
Cara Bersetubuh Semasa Hamil 

Posisi duduk ialah yang kedua dan kedudukan hubungan seks ini adalah lebih popular di kalangan ibu mengandung iaitu ketika berada dipertengahan kehamilan. Hal ini kerana dia tidak perlu melakukan banyak gerakan. Suami akan berada pada bahagian bawah, iaitu duduk dan kemudian isteri pula duduk diatasnya dalam keadaan saling bertentangan atau berdepan. Bila situasi kandungan semakin sarat, kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah juga posisi yang terbaik.
Cara Bersetubuh Semasa Hamil 

Posisi baring sebelah adalah di mana suami berada di atas tetapi mengekalkan baringan dalam separuh badan.
Cara Bersetubuh Semasa Hamil 

Posisi isteri di atas ini adalah yang paling ideal dan selesa buat isteri di mana isteri akan berada di posisi atas kerana dia akan dapat mengawal kedalaman penetrasi.
Cara Bersetubuh Semasa Hamil 


Oleh itu, jika anda berasa was-was untuk melakukan hubungan seks semasa proses kehamilan, jangan anda segan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan pandangan serta nasihat dari mereka tentang Cara Bersetubuh Semasa Hamil.

Cara Memadat Dan Membesarkan Payudara Semulajadi

Payudara yang kecil membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan diri sendiri dan keayuannya tidak menyerlah. Ianya menyebabkan kesukaran untuk memakai baju atau dress yang seksi. Ada dua cara dalam membesarkan payudara tanpa perlukan pembedahan, iaitu cara senaman fizikal dan juga pemakanan secara semula jadi.

Cara senaman fizikal
1. Push Up

Ini cara besarkan payudara yang pertama. Untuk melakukan latihan ini posisikan tubuh anda seperti posisi push up yang sering dilakukan oleh orang lain. Jika push up seperti posisi yang dilakukan oleh lelaki terasa berat untuk anda, letakkan lutut anda pada lantai.

Dengan lutut diletakkan pada lantai, semua beban tubuh anda akan bertumpu pada lutut dan posisi ini akan memudahkan anda untuk mengangkat berat tubuh keatas. Bagi anda yang belum biasa melakukan push up, sebaiknya lakukan push up dengan latihan yang ringan terlebih dulu. Lakukan 5-6 kali push up dalam seminggu pertama.

Setelah memasuki minggu kedua sampai selajutnya, tambahkan latihan push up menjadi 7-10 kali dalam seminggu. Jika push up ini dilakukan secara teratur dan terus menerus, otot dada dan juga bahu anda bukan hanya terlatih namun juga memiliki kekuatan dan kekencangan.

Keadaan otot dada dan bahu yang demikian akan memastikan ukuran payudara anda akan berubah lebih besar dari sebelumnya. Cara besarkan payudara dengan push up ini selain efektif, ia juga mudah dilakukan kerana tidak membawa kesan sampingan bagi kesihatan tubuh yang lain.
 

2. Berenang

Cara besarkan payudara ini perlukan tenaga dan skil. Senaman yang mampu merangsang pembentukan otot dada dan bahu juga dapat dilakukan dengan berenang. Jika hobi anda adalah berenang, ini adalah hobi yang bagus.

Namun tidak semua gaya berenang memberikan perubahan yang signifikan terhadap ukuran payudara anda. Hanya gaya kupu-kupu yang memberikan pengaruh besar terhadap perubahan ukuran payudara. Bagi perenang yang masih baru, gaya kupu-kupu sangat sukar dilakukan kerana perlukan latihan khusus.

Namun bagi yang sudah profesional, gaya kupu-kupu dapat jadikan alternatif sebagai cara besarkan payudara. Tidak perlu melakukan prosedur pembedahan meletakkan implan yang sangat berbahaya dan menghabiskan belanja yang mahal, ukuran payudara kita boleh berubah menjadi lebih besar hanya dengan senaman.
 


Cara pemakanan dan lain-lain:
 

1. Kacang soya
Banyakkan memakan kacang soya. Kacang soya mempunyai kandungan estrogen semulajadi (genistein) yang terikat pada reseptor payudara perempuan. Zat ini mampu membantu mencegah pertumbuhan kanser payudara.
 

2. Jauhi arak
Tidak relevan untuk Muslim. Bagi non-Muslim, lebih baik elakkan minuman beralkohol. Minuman beralkohol dapat meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Meminum 2 gelas minuman beralkohol dipercayai mempunyai risiko terkena kanser 21% lebih tinggi.
 

3. Sayur
Banyakkan memakan sayur; beberapa jenis sayuran seperti brokoli yang mengandungi sulforaphane dapat mencegah pembiakan sel-sel kanser.
 

4. Ikan
Banyakkan memakan ikan laut; ikan laut banyak mengandungi asid omega. Asid omega ini berfungsi untuk memperkuatkan sistem keimunan tubuh dan menghalang pengaruh tumor yang dapat berkembang menjadi kanser.
 

5. Bersihkan selalu
Bersihkan payudara secara rutin; Bersihkan payudara secara rutin dengan menggunakan kain lap yang dibasahi dengan air suam.
 

6. Guna masker
Cara besarkan payudara yang terakhirkan ialah dengan masker. Gunakan masker payudara; payudara boleh diberikan masker khas untuk menjaga keindahan, kepadatan, dan tidak kendur. Beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai masker payudara diantara adalah:

• Kacang panjang
Kisar kacang panjang hingga halus kemudian tambahkan sedikit air sehingga agak kental. Gunakan untuk menyelaputi seluruh bahagian payudara kecuali bahagian puting. Letakkan masker selama 15 minit lalu bilas dengan air suam. Masker dari kacang panjang ini dipercayai dapat membesarkan ukuran payudara.

• Yogurt dan telur
Campur sesudu yogurt asli dan sebiji telur, boleh juga ditambahkan vitamin E. Sapukan secara rata di seluruh permukaan payudara, urut perlahan-lahan agar masker meresap. Setelah dibiarkan selama 20 minit, basuhlah dengan air hangat hingga bersih.

• Epal dan susu.
Dua buah epal dipotong kecil-kecil lalu dicampurkan dengan 1 liter susu. Didihkan di atas api hingga kental seperti pasta. Setelah dibiarkan sejuk sapukan ke seluruh permukaan payudara. Masker ini dipercaya dapat membuat kulit payudara menjadi kencang dan berseri.

Cara Mandi Wajib Dengan Doa Dan Niat Yang Lengkap

Hukum Mandi

Bagi orang yang akan melakukan solat, tidak sah solatnya jika masih mempunyai hadas besar

Hadas besar adalah hadas yang disebabkan oleh Bersetubuh, Keluar mani, haid, nifas, dan melahirkan.
Hadas besar dapat dihilangkan dengan mandi junub / janabat / mandi wajib / mandi hadas besar. Hukum mandi adalah wajib.

Sebab - sebab yang mewajibkan mandi Junub adalah:

- Bersetubuh
- Keluar air mani (baik karena bersetubuh maupun karena mimpi atau sebab lainnya)
- Mati yang bukan Syahid (Orang mati syahid tidak wajib dimandikan)
- Selesai haid (menstruasi)
- Selesai Nifas
- Wiladah (melahirkan).


Ciri - ciri Air Mani adalah:
Keluarnya dari Kubul dengan memancar
Saat keluar terasa Nikmat.

Baunya:

Jika masih basah seperti bau adonan roti atau bau mayang korma.
Jika sudah kering seperti bau putih telur.


Fardhu Mandi Besar / Junub ada 3

1. Niat.

Niat ini dibaca dalam hati pada saat mulai membasuh mana-mana bahagian tubuh.

Lafaz Niat Mandi Wajib adalah:






NAWAITUL GHUSLA LIRAF'IL HADATSIL AKBARI FARDHAN LILLAAHI TA'AALAA.

Ertinya:

"Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar fardhu kerana Allah Taala."

2. Membasuh seluruh tubuh dengan air sampai rata (serta rambut dan kulit harus terkena air).

3. Menghilangkan Najis jika ada yang melekat pada tubuh.

Sunat Mandi ada 5 :

Membaca Basmalah ("Bismillahir rahmaanir rahiim bila mula mandi.
Berwudhu (sebelum mandi) seperti wudhu hendak sholat.
Membasuh (menggosok) badan dengan tangan sampai 3 kali.
Mendahulukan yang kanan dari pada yang kiri.
Muwalat, iaitu sambung menyambung dalam membasuh anggota badan.


MANDI SUNAT

Selain mandi wajib, ada beberapa mandi yang disunatkan, yaitu:

Mandi ketika hendak Solat Jumat.
Mandi ketika hendak Solat Aidilfitri.
Mandi ketika hendak Solat Aidiladha.
Mandi setelah sembuh dari penyakit gila.
Mandi ketika hendak melaksanakan ihram haji atau umrah.
Mandi setelah memandikan mayat.
Mandi seorang kafir setelah masuk islam.


Larangan bagi orang yang mempunyai Hadas Besar:

A. Larangan bagi orang yang sedang Junub:

Mendirikan Solat, baik solat wajib / sunat.
Mengerjakan Tawaf (Tawaf rukun haji / sunat).
Menyentuh / membawa Al-quran.
Berhenti lama (berdiam di masjid) / Ikhtikaf.


B. Larangan bagi orang yang sedang Haid / Nifas:

Semua larangan point2 diatas.
Di cerai (ditalak)
Berpuasa (wajib / sunat)
Bersetubuh
Menyeberangi mesjid jika khuatir mengotorinya dengan darah.

Cara Dan Tips Memerahkan Puting Payudara

Puting susu menjadi hitam sebenarnya bukan masalah yang terlalu besar dan membimbangkan Tapi meskipun begitu ramai wanita yang menghindari hal semacam ini dan berusaha memerahkan puting susu mereka.

Banyak yang mengatakan penyebab hitamnya puting susu kerana menyusukan bayi, pemakaian bra yang terlalu ketat, payudara yang terlalu kuat di ramas dan sebagainya. Masih berkaitan dengan puting susu, untuk memerahkan puting susu sebenarnya tidak susah kerana banyak produk herba yang menjanjikan boleh memerahkan payudara dalam waktu kurang lebih dua bulan.


Apa yang paling penting adalah melakukan cara ini secara rutin sehingga lama-lama boleh menjadi kebiasaan yang baik.

Cara Semulajadi Memerahkan Puting Susu

Untuk cara pertama menggunakan limau nipis. Caranya ambil limau nipis kemudian belah menjadi dua bagian. Setelah itu gosok-gosokan bekas potongannya pada puting anda setiap hari sebelum mandi.

Cara kedua menggunakan daun sirih. Caranya ambil beberapa lembar daun sirih kemudian tumbuk hingga mengeluarkan air. Setelah itu ambil airnya dan usap-usapkan pada puting anda.Cara ketiga menggunakan tomato. Caranya sama seperti yang pertama, iaitu potong tomato menjadi dua bagian dan bekas potongannya di usap-usapkan pada puting payudara anda.

Seperti yang sudah saya sebutkan di atas, lakukan cara-cara tersebut setiap hari secara rutin dan usahakan menjadi sebuah kebiasaan. Selain itu hindari memakai bra yang ketat. Dan yang paling penting jangan biarkan pasangan meremas terlalu kuat payudara anda.

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah calon suami yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang suami yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Jom Baca Post Menarik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...