Perangai hidup di antara pasangan suami isteri adalah amat penting dalam menentukan kebahagiaan sesuatu rumahtangga itu sama ada bahagia atau sebaliknya. Apabila kedua-dua belah pihak dapat memberikan kerjasama dan mempunyai sikap bertolak-ansur, InsyaAllah perhubungan suami isteri akan lebih bermakna serta kehidupan rumahtangga akan menjadi semakin bahagia.
Sekadar ingatan buat suami isteri agar boleh jadikan 10 perangai di bawah ini sebagai pedoman atau contoh yang boleh dipraktikan dalam kehidupan rumahtangga. Selamat Mencuba!
1 . Pandai Menghargai Sesuatu
Sikap menghargai apa yang pasangan anda dan juga dirinya pasti akan merapatkan hubungan anda berdua. Sentiasalah menghargai apa yang pasangan anda lakukan walaupun ianya merupakan perkara kecil.
2. Sentiasa Memberi Komitmen
Setiap hari anda perlu sedar tentang komitmen yang anda ada dan cubalah untuk memberi fokus yang terbaik buat keluarga tersayang anda.
3. Bijak Berkomunikasi
Anda dan pasangan seharusnya perlu mempunyai talian komunikasi yang kukuh. Apabila hubungan komunikasi anda berdua utuh, pasti tiada perkara-perkara negatif berlaku yang boleh menjejaskan hubungan rumahtangga anda.
4. Sentiasa Beri Galakkan
Memberi dorongan atau galakkan pada pasangan anda adalah perkara wajib. Ini kerana anda adalah sumber tenaga dan kekuatan bagi diri dia. Jika anda menyokong dia sudah pasti ini akan menjadikan dirinya semakin kuat.
5. Bersyukur
Hindarkan diri dari mempunyai sikap yang terlalu cerewet dan suka membebel mengenai sesuatu perkara yang remeh. Sentiasalah bersyukur dan anda berdua akan menjadi lebih baik dan dimurahkan rezeki yang melimpah-ruah oleh Allah SWT.
6. Melindungi Keluarga
Jangan sesekali berasa takut untuk melindungi keluarga jika berlaku sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Lakukan apa sahaja yang perlu demi untuk melindungi keluarga anda.
7. Fokus Menggembirakan Pasangan
Sentiasa memberikan fokus dan perhatian utama dalam menggembirakan pasangan anda. Lakukanlah selalu perkara-perkara yang boleh membahagiakan pasangan walaupun perkara tersebut kecil sahaja.
8. Bersikap Jujur Terhadap Pasangan
Jangan menipu pasangan anda. Anda hendaklah bersikap jujur dan selalu mempunyai peribadi yang suka berterus-terang jika anda sedang menghadapi sesuatu masalah.
9. Membuat Lawak atau Jenaka
Sudah tentu pasangan anda akan berasa gembira dan geli hati apabila anda pandai membuat jenaka yang mampu menghiburkan hatinya.
10. Menjadi Pendengar Yang Baik
Sentiasa bersedia untuk menjadi seorang pendengar yang baik terutamanya apabila pasangan anda sedang memperkatakan sesuatu.

Terdapat beberapa cara untuk lelaki mengenali dara wanita itu sama ada masih dalam keadaan dara atau pun yang sudah mengalami pecah dara. Panduan sebegini penting buat lelaki yang mahu menikahi bakal isteri kerana pada zaman sekarang yang terdedah dengan pelbagai masalah sosial agak sukar untuk anda menemui gadis yang masih suci dan berdara. Walaubagaimanapun, tanda-tanda untuk mengetahui seseorang wanita itu masih dara atau tidak seperti yang dinyatakan di bawah ini hanyalah berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman orang terdahulu dan janganlah anda terlalu terikut-ikut pula.
Anggaplah ilmu yang diberikan ini sebagai penambah pengetahuan dan panduan bagi teruna untuk mencari pasangan yang masih dara atau janda.
1. DAHI BERKEDUT
Seorang gadis yang masih perawan biasanya memiliki dahi yang licin. Bezanya dengan dahi wanita yang tidak berdara punyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Anda boleh lihat sendiri sewaktu mereka berbual, bercakap dan ketawa. Jelas nanti anda boleh nampak perbezaan kedutan bagi wanita yang masih dara dengan yang telah berusia.
2. REKAHAN BIBIR
Anda dapat mengenalpasti gadis yang masih dara melalui bibirnya. Biasanya bibirnya sangat mengancam, berwarna kemerah-merahan dan rekahannya cantik. Selain daripada itu, bibirnya juga anda dapat lihat bergaris-bergaris dengan jelas.
3. TELINGA
Bagi gadis dara telinganya kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak mempunyai dara telinganya pula kelihatan leper dan tidak menawan seperti sewaktu mereka muda dahulu.
Ketiadaan dara juga dapat dilihat dengan meneliti bentuk pada bahagian telinga kanan dan kirinya. Sedikit anak rambut akan kelihatan sebelah pipinya. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Anak rambut wanita pula tidak berdaya dan seolah-olah tidak bermaya serta tidak lembut lagi. Ini dapat dilihat jelas jika anak rambut itu ditiup angin. Ia mudah terselerak dan agak tidak teratur ketika ditiup angin dan apabila anak rambut itu kembali pada posisi asalnya. Pipi sisi anak rambut ini juga dilihat agak lebam dan ianya simbol wanita itu telah berkahwin.
4. BENTUK PUNGGUNG
Bentuk punggung juga boleh menentukan sama ada wanita itu masih dara atau tidak. Bagi wanita yang sudah tiada dara, punggungnya agak seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang akibat dari rangsangan nafsu ketika melakukan hubungan seks. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki bentuk punggung yang pejal, mantap dan tidak bergoyang.
5. PIPI
Gadis itu kelihatan masih dara jika pipinya licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka dan sebagainya. Gadis yang berdara biasanya kurang gemar mengenakan make-up. Namun, masih terdapat juga gadis suci yang suka bersolek tetapi cara solekan mereka tidaklah terlalu menonjol seperti seseorang yang mahu memikat lelaki. Misalnya GRO, pelacur dan bohsia mereka ini selalunya akan bersolek secara keterlaluan kerana mahu menunjukkan diri mereka kelihatan muda. Padahal disebalik kejelitaan mereka itu terserlah suatu rahsia yang jelas mereka bukanlah lagi wanita yang masih mempunyai dara.
Pada raut pipi gadis yang masih dara, apabila disentuh oleh lelaki yang bukan muhrim ianya akan menjadi kelihatan merah. Kadang-kadang raut wajah mereka menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki jika dibandingkan dengan wanita yang sudah tiada dara dan lebih mudah untuk bergaul dengan lelaki. Bagi mereka yang sudah berumahtangga biasanya mereka sudah lali dengan suami mereka.
Anda juga akan dapat melihat beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan pada seseorang gadis yang telah berhubungan. Jika gadis tersebut mempunyai lesung pipit, lesung pipitnya akan kelihatan melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya. Bebrbeza pula dengan gadis yang sudah pernah melakukan seks, lesung pipitnya tidak terlalu dalam dan sisi lekukan itu diikuti dengan garisan yang menyambung lesung pipitnya. Garis ini menunjukkan bahawa mereka telah tiada dara.
6. TUMIT
Cuba perhatikan tumit anda. Picit sedikit di hujung tumit. Lihat apa berlaku selepas anda picit. Adakah darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat. Jika ya, ini menunjukkan anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit tersebut akan kelihatan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jagalah tumit anda kerana ia banyak kepentingan dan rahsianya lagi! Apapun, ini cuma kaedah-kaedah untuk anda mengenali sama ada seseorang itu masih dara atau tidak. Jadi tidak perlulah anda pergi mencubanya dengan orang yang sudah berkahwin dengan halal. Selain dara-dara yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.
7. MATA
Bukan mudah untuk seseorang itu yang hilang dara bagi menyembunyikan identiti dirinya dari diketahui daripada orang lelaki yang pandai meneliti. Maka sebab itulah sebagai wanita adalah amat wajar untuk menjaga maruah diri dan menunjukkan pandangan dari panahan lelaki. Terdapat tanda lebam atau bergaris di bawah kelopak mata bagi wanita yang tidak berdara. Lebam ini tidak seketara lebam orang yang tidak cukup tidur. Hanya sedikit garis seakan-akan hitam meliputi bawah kelopak mata yang terlipat itu. Iaitu kedutan pada bawah mata jelas dilihat jika si gadis sudah hilang dara. Gadis yang masih dara, matanya kelihatan berseri dan tiada tanda seperti hitam, lebam atau bergaris-garis halus. Sebaliknya di sekeliling matanya kelihatan rata dan apabila dia ketawa bahagian bawah matanya tidak menampakkan kedutan.
8. HIDUNG
Hidung seseorang gadis itu juga mampu menunjukkan sama ada dia pernah dinodai atau pun tidak. Hidung seorang gadis akan kelihatan menarik dan cantik. Kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini buka kerana dia mengalami selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerana darah banyak tertumpu pada hidungnya. Jika anda masih dara, lihatlah hidung anda. Apabila hidung seorang gadis disentuh lelaki, hidungnya akan kelihatan begitu merah. Begitu juga dengan wajahnya. Ini kerana sensitivitinya terhadap sentuhan. Bagi yang tidak merah pada hujungnya apabila disentuh lelaki ini bermakna bahawa dia telah kehilangan dara sensitif (dara kecil).
Namun begitu,
Tidak bermakna wanita yang tidak berdara telah hilang keseriannya. Sebenarnya, wanita yang telah hilang dara adalah lebih cun daripada gadis. Tidak hairanlah sekiranya janda dan isteri orang semakin menjadi rebutan. (Tidak percaya tanya suami anda). Yang menghilangkan serinya wanita tidak berdara ialah apabila mereka melakukan perbuatan terkutuk dan maksiat.
9. PERUT
Untuk pengetahuan anda, pada mereka yang biasa melakukan hubungan intim, perut akan sedikit membuncit. Ini kerana perut melakukan daya aktif yang amat kuat dan menyebabkan sel-sel mengembang. Selain itu, terdapat tanda akan kelihatan pada perut seperti alur garisan panjang dari dada hingga ke pusat dan dari pusat hingga ke faraj. Jika tanda ini terputus pada bahagian bawah antara permukaan pusat dan faraj, ini bermakna wanita tersebut sudah tidak mempunyai dara lagi. Faktor kehamilan juga merupakan sebab garis ini terbentuk. Namun, garisnya kelihatan tidak ketara.
10. RAMBUT WANITA
Rambut wanita lebih cantik dari rambut gadis sekiranya si suami selalu membelainya. Rambutnya semakin lembut dan menawan lebih berkali ganda. Pada wanita yang sudah mendirikan rumahtangga secara halal, anda hanya perlu mengamalkan petua biologi dari suami anda. Ini juga akan menjamin keharmonian hidup. Bukan setakat rambut sahaja malah bibir dan beberapa bahagian lain juga akan menjadi lebih cantik dengan bantuan suami
Posisi seks memainkan peranan penting khusus untuk pasangan suami isteri andai mereka inginkan sebuah kepuasan dan kenikmatan yang memberahikan sewaktu beraksi di ranjang. Lebih-lebih lagi buat wanita kerana mereka lebih suka dimanja dan dibelai oleh lelaki ketika hubungan seks. Oleh itu anda berdua bebas untuk memilih apa sahaja posisi seks kesukaan anda asalkan ianya selesa, seronok dan tidak memudaratkan antara satu sama lain.
Di bawah ini terdapat beberapa contoh posisi seks yang mungkin boleh dipraktikkan oleh suami isteri semasa anda ingin melakukan hubungan badan bersama. Pilihlah posisi seks yang terbaik dan barangkali sesuai untuk anda berdua dalam menikmati hubungan seksual.
1 – POSISI BERDIRI
Posisi pertama yang anda boleh praktikkan ialah posisi berdiri. Posisi berdiri ini paling digemari oleh ramai pasangan suami isteri kerana kedudukan zakar dan g-spot adalah sangat dekat dan ini boleh membuatkan perempuan merasai nikmat puas yang tidak terperi sedapnya. Walaubagaimanapun, cara ini sebenarnya amat sesuai bagi pasangan yang mempunyai ketinggian yang sama. Tidak salah bagi anda untuk mencubanya (bagi pasangan yang tidak sama ketinggian) mungkin anda boleh menggunakan alas seperti kerusi dan sebagainya untuk menambah ketinggian.
2 – DOGGY STYLE
Posisi ini merupakan kedudukan seks yang paling membuatkan perempuan terasa nikmat dan bahagia. Teknik seperti ini menyebabkan perempuan lebih cepat mencapai orgasme. Bagi lelaki pula teknik ini dapat memudahkan anda untuk mencari titik g-spot isteri. Melalui teknik doggy ternyata perempuan dan lelaki dapat mengeluarkan sisi liarnya. Hubungan seks bukan saja menjadi lebih puas dan menarik tetapi kenikmatan mendayung bagi orang lelaki akan teruji pada ketika ini sama ada boleh bertahan lebih lama atau sebaliknya. Dalam pada itu, tekanan zakar lelaki janganlah terlalu kuat sehingga boleh menyebabkan isteri anda merasai kesakitan. Wahai suami! pandai-pandailah anda mendayung.
3 – WOMEN ON TOP
Posisi perempuan di atas badan lelaki ini juga amat disukai oleh wanita. Gaya ini dapat memberi ruang dan pergerakan yang bebas serta mudah dikawal oleh wanita dalam menentukan saat untuk dirinya mencapai orgasme. Kebiasaannya teknik ini dipraktikkan setelah suami mengalami kepenatan semasa mendayung. Pada waktu inilah suami boleh menggunakan peluang keemasan dengan meramas dan menghisap puting payudara isteri.
4 – Missionari (Mubaligh Klasik)
Posisi seks pilihan yang lain ialah seperti mubaligh klasik. Cara ini merupakan kedudukan yang sangat umum iaitu perempuan dan lelaki akan saling berhadapan. Teknik ini ternyata akan dapat meningkatkan tahap romantis di antara pasangan. Pada ketika inilah pasangan akan melakukan ciuman, pelukan dan bermain mata.
5 – POSISI DUDUK
Posisi seperti ini membuatkan perempuan benar-benar dapat menikmati gomolan dari suaminya. Perempuan akan naik ke pangkuan suami dan biasanya akan disertai dengan gerakan memeluk, mencium atau menggunakan hubungan mata untuk semakin menaikkan nafsu serta ghairah dari suami. Cara seperti ini juga akan membuat anda kelihatan lebih seksi.

Suami hebat dikaca mata isteri bukanlah sahaja menuntut anda berkemampuan untuk lebih tahan lama beraksi di ranjang malah lebih dari itu sebenarnya. Menjadi seorang suami yang sentiasa disanjungi oleh isteri dan anak-anak memerlukan anda menguasai ilmu agama serta ilmu kehidupan agar dapat membimbing mereka demi hubungan rumahtangga yang berkekalan.
Di bawah ini admin kongsikan beberapa petua sesuai dibaca dan diamalkan oleh para suami supaya dapat menjadi suami yang terbaik.
1 – IMAM
Perkara yang paling utama dalam membentuk sebuah kekeluargaan adalah melantik pemimpin. Pastinya suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumahtangga ke jalan yang lebih diredhai. Bukan itu sahaja, bagi anda yang bakal bergelar suami atau bapa, jangan hanya menyediakan hiburan tetapi sediakan juga ilmu-ilmu agama untuk membimbing isteri dan anak.
2 – MATANG
Ramai lelaki kelihatan seperti matang apabila yakin mahu berumahtangga. Hakikatnya, sikap matang ini tidak ada setelah berkeluarga. Oleh itu, suami perlu matang dalam membuat keputusan kerana sebagai seorang isteri, mereka akan sentiasa meminta pandangan suami untuk sesuatu perkara.
3 – PENJAGA
Ketika bercinta dulu, romantik bagai nak rak. Bila sudah berkahwin, berpimpin tangan rasa malu? Jadilah suami yang benar-benar menjaga isteri sehingga ke akhir hayat. Misalnya, apabila membantu isteri sewaktu dalam tempoh berpantang dan menguruskan perihal anak-anak kecil. Jangan pula berkira untuk bangun malam menjaga anak yang menangis kelaparan.
4 – MR. INDEPENDENT
Sila tahu menguruskan diri sendiri. Usah hanya mengharapkan isteri melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian, menggosok pakaian mahupun hanya mencari stokin! Percayalah… Suami yang pandai melakukan kerja-kerja isteri boleh kelihatan comel dan romantik.
5 – BERPRINSIP
Badan sudah tegap malah berotot pula. Elak kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga jika berlaku perselisihan faham di antara suami isteri. Suami yang mempunyai pendirian dan tegas tapi lembut akan jadi hebat di mata isteri.
6 – SERBA TAHU
Jadilah suami yang serba handal. Isteri mana yang tidak kagum apabila suami mempunyai pengetahuan di dalam bidang ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Suami sebegini bukan saja menjadi kesayangan isteri tetapi termasuk mertua.
7 – CHEF
Lihat di sekeliling anda. Dunia masakan kini banyak dipelopori oleh kaum lelaki. Meskipun tidak layak untuk keluar di kaca televisyen, jadilah suami yang pandai memasak kerana suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan hanya tahu makan air tangan isteri saja kerana air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan suami isteri.
Semoga petua menjadi suami hebat di mata isteri ini mampu dilaksanakan demi hubungan rumah tangga yang berkekalan. Syurga dewi-dewi ini adalah di bawah tapak kaki suami dan bimbinglah ke arahnya. Jom jadi suami hebat hari ini.

Tanda-tanda lelaki ingin mengadakan hubungan kelamin atau pun mahu mengajak pasangannya melakukan hubungan intim dapat dikenalpasti dengan mudah berdasarkan kepada beberapa petanda berikut :
1 – Seorang lelaki yang dahagakan seks akan cuba menarik perhatian pasangannya untuk memandang ke kawasan kemaluannya. Ini dapat dilihat apabila dia berdiri sambil mencangkukkan ibu jarinya di dalam lubang tali pinggang seluarnya (seperti mencekak pinggang).
2 – Cuba perhatikan pada matanya. Seandainya dia mengalami ereksi anda akan lihat matanya seolah-olah akan ‘tersenyum’ dan bahagian pada mata tersebut bertukar menjadi lebih besar. Itu tandanya dia sudah terangsang.
3 – Amati dan dengar pula suaranya. Jika suaranya mula bertukar menjadi lebih kasar dan mendalam itu tandanya si suami sudah tidak tertahan benar untuk mengajak anda melakukan seks.
4 – Seterusnya, apabila pasangan mula tunduk dan sering mengurut-urut atau memegang bahu anda, itu bermakna “He Wants More!”.
5 – Pergerakan tubuh badannya mula aktif dengan memeluk anda sambil tangannya bergerak ke bahagian bawah badan sehingga ke pinggul anda. Itu petanda dia benar-benar mahukan seks.
6 – Si dia cuba kelihatan seksi seperti menggigit bibir bawahnya atau melentokkan kepalanya kepada anda. Itu bermakna dia cuba untuk menarik perhatian anda untuk ke katil!

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Surah Muhammad, ayat 7)
Di bawah ini merupakan 10 tanda-tanda bahawa dia adalah jodoh kita :
1 – Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2 – Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3 – Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4 – Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5 – Percaya-mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?. Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya-mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperolehi kedua-duanya.
6 – Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7 – Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Dikala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit,” inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini dikala suka dan duka, disaat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8 – Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9 – Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?. Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10 – Solat Istikharah dan Tawakal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat pentunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.