Petua Menahan Air Mani Cepat Keluar

Saya yakin sebahagian daripada lelaki/suami di luar sana pasti ada mengalami air mani cepat terpancut apabila mengadakan hubungan seks suami isteri. Sindrom yang memalukan ini jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan isteri anda memendam rasa akibat tidak merasa puas dan nikmat semasa hubungan kelamin.

Doa Pengikat Kasih Sayang

Doa pengikat kasih sayang di bawah ini boleh diamalkan oleh suami isteri supaya keharmonian rumahtangga anda akan sentiasa aman, bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT. Hidup saling memahami dan menghormati antara satu dengan lain menjadi asas kepada sesuatu kebahagiaan rumahtangga yang berkekalan hingga ke akhir hayat.

10 Jenis Lelaki Yang WAJIB Dijauhi

Nak kongsi sikit panduan. Kalaulah boleh dijadikan sempadan. Petua memilih lelaki yang dipetik daripada Ensaiklopedia Petua Melayu Lama. Sepuluh jenis lelaki yang WAJIB dijauhi dan TIDAK PATUT dijadikan calon suami.

Petua Memenangi Hati Isteri

1.Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

8 Sebab Pentingnya Hubungan Intim

Seks penting bagi suami isteri kerana ia merupakan fitrah semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah SWT jika sekiranya pasangan melunaskan tuntunan hawa nafsu menerusi jalan yang sah dan betul. Naluri seks dalam kehidupan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana melalui cara ini pasangan terbabit boleh meraih kepuasan seksual dan seterusnya rumahtangga menjadi semakin bahagia.

Walau apapun mari kita lihat 8 sebab-sebab mengapa seks begitu penting terutamanya kepada suami isteri seperti yang dinyatakan di bawah ini :

1. Melalui hubungan seks yang kerap, suami isteri akan memperolehi kehidupan yang lebih tenang dan bahagia lebih-lebih lagi dengan keadaan dunia hari ini yang semakin mencabar. Seks yang sihat berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit serangan jantung, angin ahmar dan lain-lain penyakit hipokinetik.

2. Aktiviti seksual juga dapat meningkatkan keupayaan sistem pertahanan di dalam tubuh badan manusia.

3. Menerusi hubungan intim ini suami isteri akan menjadi lebih aktif secara fizikal kerana hubungan seks juga merupakan salah satu aktiviti seperti bersenam di mana ia dapat menghapus dan membakar kalori di dalam badan. Badan yang mengandungi kurang kalori akan menyebabkan tubuh badan manusia menjadi lebih aktif dan cergas.

4. Bagi wanita pula badan mereka akan menjadi lebih sihat sekiranya hubungan seks ini dilakukan dengan secara kerap. Aktiviti seks ini dapat membantu melancarkan pengaliran darah dan sistem pembiakan (haid) mereka dengan secara sihat.

5. Hubungan suami isteri akan menjadi lebih utuh dan rapat jika mereka selalu mengadakan hubungan seks. Hidup pun menjadi semakin ceria.

6. Hubungan seks yang dilakukan secara kerap turut dapat membantu suami dan isteri menjadi kelihatan awet muda. Selain dapat memberikan keseronokan pada si pelaku dan berdasarkan kajian seksologi mendapati manusia akan menjadi sentiasa gembira, muka dan tubuhnya akan sentiasa nampak seperti muda.

7. Bagi lelaki pula jika mereka kerap mengadakan hubungan seks bersama dengan isteri tersayang akan dapat mengurangkan risiko daripada menghidapi penyakit kelenjar prostat.

8. Di dunia yang semakin kompleks ini selain melakukan amal ibadat dan berzikir, hubungan seks dengan pasangan tercinta juga boleh memberikan ketenangan kepada minda dan jiwa anda.

Tips Memilih Calon Isteri

Memilih calon isteri oleh kebanyakan lelaki hari ini boleh dibaratkan seperti membeli ikan di pasar. Ikan jika dilihat pada zahirnya baik dan cantik, sudah tentu akan dibeli. Tetapi sebelum membelinya dia akan membelek-belek keseluruhan ikan tersebut termasuklah membuka di bahagian insang bagi memastikan ianya masih segar. Kalau dia tidak berkenan, pasti akan ditinggalkan terus.

Inilah realiti kehidupan sekarang yang kita dapat lihat berlaku dimana-mana sahaja. Kesan daripada tersebut kita lihat perkahwinan yang terbentuk tidak mencapai tahap kecemerlangan seperti yang dikehendaki dalam Islam. Mungkin hasil perkongsian hidup atau perkahwinan dikurniakan dengan anak yang ramai tetapi kehidupan suami isteri tidak meraih kebahagiaan yang berkekalan.

Berkemungkinan juga isteri tersebut terpaksa untuk melahirkan anak untuk suami sedangkan dia masih belum bersedia untuk menjadi ibu. Bila keadaan ini berlaku boleh menyebabkan isteri berasa tidak senang dengan suami dan suami pula tidak akan berpuas hati terhadap sikap isterinya. Hidup mereka penuh dengan sikap kepura-puraan, berlakon di pentas dunia sementara sebelum terbongkar segala rahsia di hati.

Terdapat segelintir kes yang berlaku setelah 10 tahun mendirikan rumahtangga dan memiliki empat lima orang anak masih ada juga yang memikirkan peluang untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing atas alasan hidup yang tidak sehaluan. Akhirnya yang menjadi mangsa perceraian tersebut ialah anak-anak.

Persoalannya, mengapa diperingkat awal perkahwinan dilihat sempurna tetapi sekarang pula yang menjadi tidak sehaluan? Tidak boleh sefahaman setelah sekian lama mendirikan rumahtangga. Bukankah semakin hari semakin pasangan tersebut mengenali hati budi masing-masing dan semakin memahami jiwa antara satu sama lain?

Jelas, ketika mereka membina rumahtangga tidak diambil peluang untuk saling mengenali hati budi pasangannya. Mereka ego dengan sikap masing-masing lalu apa yang difikirkan baik untuk diri dirasakan sudah difahami pasangannya.

Disinilah kesilapan umat Islam sekarang sama ada muda mudi lelaki atau perempuan termasuk ibu bapa dalam memilih calon isteri untuk anak-anaknya. Sebenarnya di dalam Islam terdapat konsep apabila “seseorang memilih isteri bererti dia memilih ibu untuk anak-anaknya.” Maka kerana itu mereka perlu merancang masa depan kehidupannya memilih calon isteri yang sesuai dijadikan ibu suatu hari nanti.

Siapakah isteri yang sesuai dan layak menjadi ibu? Bagaimanakah sifat-sifat isteri itu? Bagaimana rupa dan tingkah-lakunya itu?

Persoalannya, bolehkah seorang isteri yang tidak berakhlak boleh mendidik anaknya menjadi seorang yang berakhlak? Bolehkah isteri yang berlatar belakangkan keluarga yang tidak menentu boleh manjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya nanti?

Nasihat Rasulullah SAW kepada Lelaki

“Wanita itu dinikahi kerana emat perkara. Kecantikkannya, keturunannya, hartanya atau agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat. “ Rasulullah SAW mengingatkan umatnya bahawa dalam usaha mencari pasangan, jangan hanya mengutamakan kepentingan dunia semata-mata. Yang paling penting ialah aspek agama dan akhlak pasangan yang bakal dikahwini. Jadi beragama adalah teras kejayaan kepada bahtera kehidupan rumahtangga.

Seorang lelaki yang bijak sewaktu memilih calon isteri akan melihat latar belakang kehidupannya, keluarganya dan cara hidupnya. Jika latar belakangnya adalah dari kalangan orang yang terdidik dengan agama pasti cara hidupnya sangat mematuhi peraturan agama. Mereka pasti tidak melanggar perintah dan suruhan Allah walaupun dalam hal-hal yang remeh-temeh.

Jadi, mana mungkin isteri yang dipilih melalui internet terjamin imannya, ibadahnya dan akhlaknya. Tiada siapa yang boleh menyokong pemilihan itu kecuali sekadar pandangan zahir pada gambar dan tulisannya.

Mana mungkin isteri dipilih melalui pandang pertama di majlis keraian, majlis hiburan dan sebagainya. Siapakah yang menyokong pilihan itu secara pasti? Walaupun dengan kadar kenalan zahir dalam tempoh yang lama, belum tentu terjamin kerana manusia biasa boleh berpura-pura. Mana mungkin isteri dipilih melalui kenalan tidak tentu tahap keimanannya. Kenalan itu bukanlah boleh dijadikan sokongan kerana lazimnya sokongan itu akan membawa rebah.

Oleh sebab itu, pilihan itu mesti berasaskan agama, amalannya zahir dan batin sudah diuji, akhlaknya terpuji dan disenangi semua pihak. Pilihan isteri tersebut seharusnya dinilai dan diteliti oleh orang yang tidak berkepentingan dan yang pastinya dia juga orang yang beragama.

Pilihan itu pasti disokong oleh bukti pergaulan harian, sikap dan akhlaknya dengan Allah dan manusia. Mereka yang beragama tidak mampu ditipu dengan kosmetik, tidak mampu dilakonkan dan tidak mampu disembunyikan rahsia yang tersirat.

Isteri berdasarkan pilihan ini pasti mampu menjadi ibu kepada anaknya yang baik dan sempurna. Isteri yang mampu menjadi ibu ini akan terus mempertahankan maruah diri, suaminya dan anak-anaknya. Isteri inilah yang dijamin boleh membawa suami dan anak ke dalam syurga.

Sabda Rasulullah SAW;

“Wahai para pemuda, sesiapa yang sudah bersedia untuk berkahwin, hendaklah dia segera berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menghalang pandangan (kepada yang dilarang oleh agama) dan memelihara kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak sanggup hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah perisai baginya.”

Sebenarnya untuk memilih calon isteri atau pasangan hidup, Islam memberi panduan cara memilih kepada lelaki sebelum memutuskan untuk meminang. Sabda Rasulullah SAW ” Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kecantikannya, keturunannya, hartanya atau agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat.”

Beruntunglah jika seseorang lelaki itu dapat memperolehi keempat-empat pakej secara serentak. Tetapi kalau tidak dapat sepenuhnya, pilihlah yang beragama. Bagaimanapun beragama yang dimaksudkan di sini bukan hanya pada nama agama Islam sahaja tetapi meliputi sikap, adab, tabiat, akhlak, akidah dan ibadahnya mengikut telunjuk agama.

Rasulullah SAW mengingatkan umatnya dalam usaha mencari pasangan, jangan hanya mengutamakan kepentingan dunia semata-mata. Yang paling penting adalah aspek agama dan akhlak pasangan yang bakal dikahwini.

Ciri-ciri tidak hanya tertakluk kepada pemilihan bakal isteri sahaja bahkan ciri-ciri yang sama boleh dipakai dalam pemilihan bakal suami. Hak memilih bukan hanya tertentu bagi lelaki malah Islam juga memberikan hak yang sama kepada wanita untuk menentukan pilihan. Antara faktor-faktor yang menjadi asas pemilihan suami ialah :

a) Beragama dan Berakhlak Mulia

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

“Apabila seseorang yang kamu berkenan tentang agama dan akhlaknya. Dating melamarlah dan kahwinilah dia. Jika kamu tidak berbuat demikian maka fitnah dan keburukan akan terjadi di bumi ini.”

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa yang menikahkan anaknya dengan lelaki fasik bererti dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Seorang lelaki telah berkata kepada Hassan bin Ali, cucunda Rasulullah kepada wanita :

“Nikahkan dia dengan orang yang soleh. Kalau dia mencintai puterimu, dia akan menghormati dan membahagiakan dirinya. Jika dia tidak mencintainya, dia tidak akan menyakitinya dan menzaliminya.”

b) Lelaki tersebut bukan seorang yang memandang kepada harta dan darjatnya.

c) Umur

d) Seorang lelaki yang sihat tubuh badan dan mempunyai paras menawan.

Walaubagaimanapun, sihat tubuh badan dan mempunyai akhlak menjadi faktor utama dalam pemilihan isteri begitu juga dalam pemilihan suami. Ciri-ciri lain diambil kira setelah persoalan agama dan akhlak dinilai. Bakal suami dan isteri yang baik ialah seorang yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang sempurna dan beramal dengan ajarannya. Hal ini disebabkan nasib seseorang suami atau isteri, bahagian atau tidak, buruk atau baik bergantung rapat dengan sikap mulia pasangan masing-masing.

Apabila seseorang lelaki itu sudah mengenal pasti orangnya, perlulah disempurnakan ikatan pertunangannya. Ikatan itu perlu dilakukan secara rasmi tetapi tidaklah pula mengikut adat yang sampai membebankan orang lain apatah lagi boleh sampai berlakunya pembaziran. Memadailah dengan cara yang sederhana tetapi mengikut nilai dan ajaran dalam agama Islam.

Walaubagaimana indahnya perkahwinan, pegangan agama Islam perlu kuat dan teguh. Memartabatkan Islam teras perjuangan dunia dan akhirat.

Jom Baca Post Menarik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...