Tips Menjadi Suami Yang Hebat

Suami hebat dikaca mata isteri bukanlah sahaja menuntut anda berkemampuan untuk lebih tahan lama beraksi di ranjang malah lebih dari itu sebenarnya. Menjadi seorang suami yang sentiasa disanjungi oleh isteri dan anak-anak memerlukan anda menguasai ilmu agama serta ilmu kehidupan agar dapat membimbing mereka demi hubungan rumahtangga yang berkekalan.

Di bawah ini admin kongsikan beberapa petua sesuai dibaca dan diamalkan oleh para suami supaya dapat menjadi suami yang terbaik.

1 – IMAM

Perkara yang paling utama dalam membentuk sebuah kekeluargaan adalah melantik pemimpin. Pastinya suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumahtangga ke jalan yang lebih diredhai. Bukan itu sahaja, bagi anda yang bakal bergelar suami atau bapa, jangan hanya menyediakan hiburan tetapi sediakan juga ilmu-ilmu agama untuk membimbing isteri dan anak.

2 – MATANG

Ramai lelaki kelihatan seperti matang apabila yakin mahu berumahtangga. Hakikatnya, sikap matang ini tidak ada setelah berkeluarga. Oleh itu, suami perlu matang dalam membuat keputusan kerana sebagai seorang isteri, mereka akan sentiasa meminta pandangan suami untuk sesuatu perkara.

3 – PENJAGA

Ketika bercinta dulu, romantik bagai nak rak. Bila sudah berkahwin, berpimpin tangan rasa malu? Jadilah suami yang benar-benar menjaga isteri sehingga ke akhir hayat. Misalnya, apabila membantu isteri sewaktu dalam tempoh berpantang dan menguruskan perihal anak-anak kecil. Jangan pula berkira untuk bangun malam menjaga anak yang menangis kelaparan.

4 – MR. INDEPENDENT

Sila tahu menguruskan diri sendiri. Usah hanya mengharapkan isteri melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian, menggosok pakaian mahupun hanya mencari stokin! Percayalah… Suami yang pandai melakukan kerja-kerja isteri boleh kelihatan comel dan romantik.

5 – BERPRINSIP

Badan sudah tegap malah berotot pula. Elak kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga jika berlaku perselisihan faham di antara suami isteri. Suami yang mempunyai pendirian dan tegas tapi lembut akan jadi hebat di mata isteri.

6 – SERBA TAHU

Jadilah suami yang serba handal. Isteri mana yang tidak kagum apabila suami mempunyai pengetahuan di dalam bidang ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Suami sebegini bukan saja menjadi kesayangan isteri tetapi termasuk mertua.

7 – CHEF

Lihat di sekeliling anda. Dunia masakan kini banyak dipelopori oleh kaum lelaki. Meskipun tidak layak untuk keluar di kaca televisyen, jadilah suami yang pandai memasak kerana suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan hanya tahu makan air tangan isteri saja kerana air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan suami isteri.

Semoga petua menjadi suami hebat di mata isteri ini mampu dilaksanakan demi hubungan rumah tangga yang berkekalan. Syurga dewi-dewi ini adalah di bawah tapak kaki suami dan bimbinglah ke arahnya. Jom jadi suami hebat hari ini.

Tanda-Tanda Lelaki Ingin Hubungan Kelamin

Tanda-tanda lelaki ingin mengadakan hubungan kelamin atau pun mahu mengajak pasangannya melakukan hubungan intim dapat dikenalpasti dengan mudah berdasarkan kepada beberapa petanda berikut :

1 – Seorang lelaki yang dahagakan seks akan cuba menarik perhatian pasangannya untuk memandang ke kawasan kemaluannya. Ini dapat dilihat apabila dia berdiri sambil mencangkukkan ibu jarinya di dalam lubang tali pinggang seluarnya (seperti mencekak pinggang).

2 – Cuba perhatikan pada matanya. Seandainya dia mengalami ereksi anda akan lihat matanya seolah-olah akan ‘tersenyum’ dan bahagian pada mata tersebut bertukar menjadi lebih besar. Itu tandanya dia sudah terangsang.

3 – Amati dan dengar pula suaranya. Jika suaranya mula bertukar menjadi lebih kasar dan mendalam itu tandanya si suami sudah tidak tertahan benar untuk mengajak anda melakukan seks.

4 – Seterusnya, apabila pasangan mula tunduk dan sering mengurut-urut atau memegang bahu anda, itu bermakna “He Wants More!”.

5 – Pergerakan tubuh badannya mula aktif dengan memeluk anda sambil tangannya bergerak ke bahagian bawah badan sehingga ke pinggul anda. Itu petanda dia benar-benar mahukan seks.

6 – Si dia cuba kelihatan seksi seperti menggigit bibir bawahnya atau melentokkan kepalanya kepada anda. Itu bermakna dia cuba untuk menarik perhatian anda untuk ke katil!

10 Petanda Jodoh Kita

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Surah Muhammad, ayat 7)

Di bawah ini merupakan 10 tanda-tanda bahawa dia adalah jodoh kita :

1 – Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2 – Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3 – Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4 – Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5 – Percaya-mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?. Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya-mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperolehi kedua-duanya.

6 – Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7 – Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Dikala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit,” inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini dikala suka dan duka, disaat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8 – Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9 – Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?. Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10 – Solat Istikharah dan Tawakal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat pentunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Kepentingan Dara Bagi Wanita

Kepentingan dara bagi wanita khususnya dalam masyarakat Melayu Islam adalah suatu perkara yang amat diberi penekanan kerana ianya melibatkan soal maruah dan nilai harga sesebuah keluarga. Jika ibu bapa tidak ambil berat dalam hal sosial kehidupan terutamanya bagi anak gadis dikhuatiri kelak mereka akan mudah terjerumus dalam gejala sosial seperti mengandung anak luar nikah, rogol, sumbang mahram dan lain-lain lagi.

Situasi seperti ini bukan sahaja menyebabkan anak gadis mereka kehilangan dara pada usia yang muda malah hal ini juga boleh memalukan keluarga dan seterusnya hasrat untuk berkahwin dengan lelaki idaman menjadi lebih sukar (seandainya calon lelaki mengetahui bakal isterinya sudah tiada dara lagi).

Bagi seorang wanita mereka amat memandang tinggi nilai dara kerana bagi mereka itu adalah lambang kesucian yang perlu dijaga sebelum mereka menyerahkannya kepada bakal suami. Begitu juga dengan lelaki sudah tentu mereka mengidamkan seorang wanita yang masih mempunyai dara.

Apakah yang dikatakan Dara?

Dara atau hymen merupakan satu selaput atau membran tipis yang menutupi bahagian di dalam vagina wanita. Membran tipis ini biasanya mempunyai lubang di bahagian tengahnya agar darah haid boleh keluar atau pun dimasuki oleh penis ketika hubungan intim dijalankan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pecah Dara?

Masyarakat umum sering menggunakan istilah pecah dara bagi menggambarkan bahawa berlakunya pendarahan vagina sewaktu pertama kali wanita itu melakukan hubungan seks. Seperti yang telah dinyatakan di atas bahawa vagina itu mempunyai lubang di bahagian tengahnya. Masuknya zakar ke dalam vagina bukan bererti perlu memecahkan membran dara seperti menusuk belon melainkan hanya mengoyakkan sedikit bahagian tersebut bagi memberi laluan kepada zakar yang mempunyai saiz diameter yang lebih besar dari selaput dara tersebut.

Adakah wanita itu akan berasa sakit ketika Pecah Dara?

Rasa bimbang dan takut pasti menyelubungi wanita ketika pertama kali mereka mahu melakukan hubungan seks dengan suami. Sebenarnya pecahnya selaput dara tidak mendatangkan rasa sakit melainkan hanya berdarah. Ini kerana selaput dara tidak mempunyai saraf melainkan di saluran darah sahaja (rasa sakit hanya dapat dirasai pada bahagian tubuh yang mempunyai saraf).

Kesakitan mulai timbul adalah disebabkan berlakunya regangan di bahagian vagina apabila penis dimasukkan buat pertama kali. Bagi wanita yang tidak pernah atau melakukan hubungan seks, vaginanya tertutup rapat dan hanya muat-muat untuk diameter penis lelaki sahaja. Oleh sebab itu, apabila penis dimasukkan maka sedikit regangan akan berlaku.

Belum pernah melakukan hubungan seks tetapi dara sudah pecah

Tanpa melakukan hubungan seks, terdapat juga segelintir wanita yang mengalami selaput dara koyak. Hal ini mungkin berlaku disebabkan terjadinya trauma mekanikal terhadap bahagian vagina sehingga ia koyak. Umpamanya wanita tersebut terjatuh di bilik air lalu bahagian vagina terhantuk ke mangkuk tandas atau pun tersadung di celah kangkang ketika menaiki basikal dan sebagainya.

Apakah perbezaan pecah dara kerana hubungan seks atau trauma

Terdapat perbezaan di antara koyaknya selaput dara disebabkan olehh penetration penis atau trauma (tersadung, terhentak, terlanggar dan sebagainya). Penetration penis selalunya akan menyebabkan selaput dara koyak di bahagian bawahnya pada sekitar jam 5 hingga jam 7.

Manakala trauma pula akan menyebabkan selaput dara koyak di bahagian atasnya sekitar jam 11 hingga jam 2. Hal ini kerana posisi selaput dara bahagian atas lebih luar daripada bahagian bawahnya. Dengan erti yang lebih mudah, sekiranya vagina terhentak di mangkuk tandas, bahagian atas akan terhentak terlebih dahulu sebelum bahagian bawahnya. Sebab itu trauma akan menyebabkan koyak di bahagian atas selaput dara.

Mengatasi Masalah Keputihan Wanita

Mungkin ada dikalangan kaum wanita yang tertanya-tanya apakah antara penyebab atau punca keputihan sehingga ianya boleh berasa gatal dan sakit di bahagian kemaluan. Masalah keputihan ini biasanya terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Antara salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini ialah dari segi faktor pemakanan.

Makanan manis atau yang mengandungi kandungan gula tinggi boleh menyebabkan berlakunya lelehan cecair keluar dari vagina. Oleh itu wanita hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih donut, gula-gula getah dan lain-lan. Ini bukan bermaksud anda dilarang terus dari makan makanan yang manis tetapi jika anda serius untuk mencegah masalah keputihan, kurang-kurangkanlah.

Selain itu, terdapat beberapa jenis buah-buahan seperti sengkuang, timun dan nanas yang turut boleh memberi kesan kepada masalah keputihan. Jadi selepas ini anda sudah tahu mana makanan yang perlu anda kawal dan makan agar ianya tidak berlebihan.

Misalnya bagi wanita yang berkeinginan sangat untuk makan buah nanas. Boleh makan tetapi dicadangkan kepada anda supaya makan buah tersebut sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda makan nasi tidak kira sama ada makan tengahari ataupun makan malam.

Di bawah ini admin ingin memberikan tips atau cara-cara yang sekurang-kurangnya dapat membantu wanita dalam mengatasi masalah keputihan tersebut :

√ Bila mandi siang atau malam, sentiasa bersihkan celah paha anda dengan sabun mandi yang sesuai. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna bahagian kulit permukaan paha anda akan menjadi semakin gelap.

√ Seboleh-bolehnya elakkan daripada mengambil pil perancang keluarga melainkan keadaan memerlukan.

√ Selalulah menjaga tahap kebersihan tuala wanita atau panty liner kerana ianya boleh mengundang kehadiran kulat dan bakteria. Jika tuala wanita tersebut sudah kotor, tukarkanlah kepada yang baru agar tahap kebersihan di alat sulit anda sentiasa terjaga.

√ Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau pun yang diperbuat dari kain nilon kerana faktor suhu yang tidak sesuai boleh menjejaskan sistem reproduksi wanita.

√ Hindari atau kurangkan pengambil pil-pil antibiotik.

7 Tanda-Tanda Awal Isteri Derhaka

Isteri derhaka kepada suami merupakan satu perbuatan yang amat ditegah dan dilarang oleh Islam kerana perlakuan sedemikian boleh mengganggu-gugat keamanan rumahtangga suami isteri. Kadang-kadang dikala kita sibuk menjalani kehidupan seharian kita mungkin terlupa perbuatan tersebut sebenarnya mungkin berlaku.

Justeru itu, di bawah ini terdapat 7 tanda-tanda awal isteri berlaku derhaka kepada suami yang boleh dijadikan panduan kita bersama :

1 – Menghina atau mengumpat suami

Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumahtangga. Isteri aialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekaligus menggugat keharmonian rumahtanga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.

2 – Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami kepada orang lain

Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seseorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa jua keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isteri sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

3 – Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” – Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat

4 – Isteri mendoakan kecelakaan buat suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah SWT bagi suaminya dan bukan sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda : Tiada faedah yang paling baik diperolehi seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.

5 – Membenci kegemaran suami

Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumahtangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allah SWT yang meleytakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.

Firman Allah : Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : Ayat 34)

6 – Menjadi tekanan kepada suami

Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang diluar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.

Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat-cermat membelanjakannya. – Riwayat Ibnu Majah

7 – Mengungkit-ungkit janji suami

Redha dan bersyukurlah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.

Sabda Rasulullah SAW : “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dasyhat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasululah SAW ditanya : “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab : “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” – Riwayat al-Bukhari

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud :

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita. “Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka :  “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang yang disediakan oleh suaminya.” – Riwayat Muslim

Jom Baca Post Menarik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...